Thursday 15 March 2012

Saya dan Dina Photography 2011

Alhamdulillah bermula dari September sampai April tahun ni tiap2 bulan ada klien untuk DINAPHOTOGRAPHY. Seterusnya selang-seli ada dan tak de. Tapi sampai bulan 12 dah ada yang booked. Itu sudah cukup baik untuk team photography yang baru berusia setahun lebih ni. Jenguk2 lah page kami di Facebook. KLIK SINI!. Tengok kat FB lagi puas hati.

Videography jangan kate lah. Tiap2 bulan pun kencang... Alhamdulillah. KLIK SINI untuk melawat page kami di Facebook. 

dan...dan...dan...kami ada WEBSITE BAAAARRRUUUU!!! Rami yang kate website baru kami cooolll dan cantik sangat. Rugi kalau anda, anda dan anda tak melawat website baru kami: www.dinawedding.com


Bermula dari bulan September tahun lepas, alhamdulillah DINA PHOTOGRAPHY semakin mendapat sambutan.

Bermula dengan Birthday Party Visha & Kumar


diikuti dengan pendaftaran perkahwinan Kumanan & Sattiya


di susuli majlis perkahwinan Kumanan & Sattiya pada bulan Oktober


bulan November pula majlis perkahwinan Buddy & Eza di Johor


bulan Disember dimulakan dengan majlis pernikahan 
YM Sharifah Zarinatasha & YB Datuk Wan Ahmad Fauzi


diakhiri dengan majlis pernikahan dan persandingan Nadia & Fairoz




Pejam celik, sedar tak sedar dah setahun rupenye DINA PHOTOGRAPHY beroperasi. Alhadulillah semakin mendapat sambutan. Untuk 2012 pun tak kurang hebatnya. Alhamdulillah setakat ni tiap2 bulan ada klien. Will up load some photo of 2012 clients in next entry.

Nana says.... rasa macam nak demam mengadap gambar je hari2. Bila klien dah mula masuk tiap2 bulan baru tahu bukan mudah nak uruskan wedding photography ni sebenarnye. Ini baru sikit. Kalau tiap2 minggu ada 2,3 klien macam videography, pengsan terus agaknye.



Long Time No Seeeee!!!

Assalamu'alaikum dan Helllllloooooooooo!!!!!!

lame dah tak up date blog nih. last entry ialah Ramadhan tahun lepas. Last jengah pun 2 bulan lepas. oh my! oh my! oh my! dah ada template design yg baru laaaahhhh!!! (org yg tak berape nak creative ni mmg batak skit benda2 mcm ni). hahahahaha.....

bermula dari bulan puasa tahun lepas sampai lah sekarang ni....gile banyak keje. Bertimbun2 keje masuk lagi2 sejak En.Boss dah semakin bersikap seperti boss.... buat keje lambat sikit je, dah merajuk. Nasib baik boss comel...layaaannn. 

RAYA:

mcm2 perkara berlaku (dah tentu lah kan. kalau tak hidup ni sepi je lerr). Kita mulakan dengan raya... Persiapan raya tahun lepas boleh tahan hebat jugak lah bila abah sibuk nak tukar lampu baru. Tapi org yang pasang lampu tu dtg lambat dan buat keje separuh jalan. Akhirnya terpaksa batalkan acara wajib tahunan iaitu takbir hari raya di rumah sebab ruang tamu berselerak dan berhabuk. At last kami anak beranak pasang sendiri lampu tu. Pukul 4 pagi baru siap.

Tapi raya tahun lepas kami ada pembantu cilik, iaitu adik lelaki saya yang berusia 9 tahun sibuk nak tolong pasang langsir, bungkus kain batik & pelikat (untuk majlis amal di surau), potong daging dan banyak lagi. Alhamdulillah tahun lepas lebih meriah dari biasa. orang datang rumah tak putus2. Dari lepas sembahyang raya sampailah ke 12 tgh mlm baru dapat sunyi rumah. Kesian ibu tak rehat langsung dari pagi sampai mlm. Beberapa hari lepas raya kami celebrate hari jadi si kecik tu (umur je kecik tapi badan besar kemain lagi).

Sibuk nak pasang langsir. Sampai merajuk kalau tak bagi buat.
Celebrating his birthday dgn sebiji kek dan Dominos Pizza

cuti raya seminggu, kemudian masuk keje semula dan kembali sibuk call client sana sini...NAK COLLECT HUTANG DAAAAA!!!! 

LIFE:

tak ada banyak yang berubah (mcm semua org kessaaahhh je kaaannn!! hahaha). Hidup bz dgn keje hari2. Cuti pun tak mcm tak cuti. Ada je email kene balas dan ada je client yg menghubungi dan dihubungi. Yang pastinya ramai kawan2 merajuk sebab saya tak hang out dengan diorang. Haissshhh....

Tapi..tapi...tapi... saya jumpa KAWAN BARU-untuk kulit muka saya yang mcm bulan niiiiii... hehehehe..... sangat berkesan untuk mereka yang kulit macam kilang minyak dan berjerawat. Tapi tak de lah jerawat hilang dan kulit licin dengan kadar segera. ini bukan New York Skin Solution beb!.. ape produk tu agaknye ye??? jeng! jeng! jeng! Next entry kite story pasal kawan baru saya tu.

Boyfriend masih yang lama. Belum tukar baru lagi...kihkihkih! Almost everyday jumpa kt office. Tapi masing2 bz dgn tugas masing2. Nak keluar dating masing2 malas. Oleh itu, sambil keje sambil dating. Contohnya gi beli keperluan pejabat sama2. Kire dating lah tu kan. Atau masa makan sama2 dgn geng2 keje pun kire dating lah tu. Selebihnya dating dalam SMS je la..

Tahun lepas ramai kawan2 kawin. Tahun ni berderet lah memasing tunggu turn nak bersalin. Ada yang dah bersalin dah pun. Ada sorang kawan baik mengidam sangat nak makan Spaghetti yang saya masak. Alhamdulillah 3 hari sebelum dia deliver anak sulung dia, saya sempat jugak masakkan spaghetti utk dia.  dan on 4th March dia berjaya melahirkan seorang bayi lelaki. Thaqif namenye...dan...saya belum sempat melawat die pun. Cik abang kate nak pegi same2. Bile agaknye ni derrr??

Thaqif. Hanya dapat tengok dalam FB je setakat ni.


Nana says... tak habis kalau nak cerita semuanya dalam satu entry. Tapi apa yang pasti saya rasa macam saya ada sebuah kehidupan yang sangat menarik dan hebat. ;D