Friday, 20 July 2012

Ramadhan Datang Lagi: Mari bersedekah


Assalamualaikum,

Lama dah tak jengah blog ni. Sekejap je dah sampai Ramadhan lagi rupenye. Rasa macam baru 2,3 bulan lpeas post kt blog untuk Ramadhan yang lalu. Malam Ramadhan yang pertama kali ni celebrate kat office memandangkan ada kerja yang perlu di selesaikan dgn segera dan ada klien nak datang bertandang pagi2 esok. Dah tak sabar sangat nak balik rumah family esok. Boss.... kasi lah saya cuti semingguuuu!!!! Sementara tunggu file siap di export ke hard disk lain, kite main blog jap lah.

Ramadhan tahun lepas tak lah sebagus yang di harapkan... maksud saya amalan saya yang kurang memuaskan. Tapi alhamdulillah ada jugak perkara yang saya dapat buat lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Semoga tahun ni lebih baik lagi. Insyaallah... 

Korang semua mcm mana pulak agaknye? Apa matlamat korang bulan puasa kali ni? Nak improve solat kah? Nak improve sedekah kah? Nak improve bacaan al-quran kah? atau awal2 lagi dah plan nak increas jumlah baju raya, kasut raya, bag raya? improve dekorasi rumah? Plan majlis rumah terbuka besar-besaran? hahaha... Gila glam betul korang ni.

Syukur Alhamdulillah ramai di antara kita di M'sia ni dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana yang aman, jauh dari peperangan, kebuluran, wabak penyakit. Boleh berbuka dan bersahur dgn juadah yang enak, boleh shopping sakan, boleh beli mcm2 benda baru, buat facial, set rambut semata2 nak sambut raya. Kira banyak jugak lah duit kita ni kan walaupun ramai di antara kita tak mampu nak susun kereta mewah milik sendiri kat depan rumah dan tak mampu nak shopping barang2 branded tiap2 hari. 

 Nak dibandingkan dengan nasib orang lain baik di dalam atau di luar negara yang nak makan pun kene masuk hutan, redah sungai deras, semata-mata nak cari pucuk2 dan ulam2 untuk di makan. Yang kena berjalan kaki 3,4 kilometer sehari semata2 nak dapatkan sebaldi air. Kanak2 yang meleleh air liur tengok gula2 sebab tak mampu nak beli. Ingatkah kita kepada golongan2 ini?

Ingat tu memang lah ingat. Kat malaysia ni pun ramai je golongan orang2 susah ni. Pegi mana2 pun boleh nampak depan mata, kt TV pun selalu keluar kisah orang2 susah ni kan. Cuma nak gi tolong tu tak ada masa. Ada gak niat nak bersedekah, tapi kita pun tak kaya-raya cam mane nak bersedekah kan..kan..kan.. Aiiisshhh..... Alangkah bagusnya kalau kita ada banyak duit boleh kita sedekah banyak2 kt orang susah tu kan...

Owh... alasan... kemain lagi! Ada ade jawabnye kalau sebut bab tolong orang susah, sedekah, amal jariah.

Di bulan yang mulia ni, jom kita ubah sikit sikap kita. Sebelum keluar gi jalan2 siap2kan duit syiling banyak2 dalam bag, wallet atau kocek. Nanti tgh berjalan2 kalau terserempak dgn OKU yang nyanyi2 tepi jalan mcm kt jalan TAR, atau yang juang tisu hulur je lah segenggam duit syiling. Kalau tengok kt TV ada program yang minta kita hulurkan bantuan kepada keluarga2 miskin, siap2 pen n kertas atau HP salin no acc dan bank in lah RM5 ke, RM 10 ke... kalau tak bleh gak RM 1 pun jadilah. Yang penting ikhlas. 

Jom sama-sama kita hulurkan sedikit sumbangan supaya orang lain pun dapat sambut Ramadhan dan Syawal dengan senyuman dan kegembiraan. Semoga amalan sedekah kita mampu mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, mengkukuhkan lagi keimanan kita terhadap-Nya, dan membawa kita ke syurga. Insyaallah...

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Nana Says: gambar di atas sekali ialah design saya untuk ucapan ramadhan tahun ni. Tapi boss reject design yang ni. Tak ada 'uummmpphhh' katenye. So up load kat blog je lah... :(

Thursday, 15 March 2012

Saya dan Dina Photography 2011

Alhamdulillah bermula dari September sampai April tahun ni tiap2 bulan ada klien untuk DINAPHOTOGRAPHY. Seterusnya selang-seli ada dan tak de. Tapi sampai bulan 12 dah ada yang booked. Itu sudah cukup baik untuk team photography yang baru berusia setahun lebih ni. Jenguk2 lah page kami di Facebook. KLIK SINI!. Tengok kat FB lagi puas hati.

Videography jangan kate lah. Tiap2 bulan pun kencang... Alhamdulillah. KLIK SINI untuk melawat page kami di Facebook. 

dan...dan...dan...kami ada WEBSITE BAAAARRRUUUU!!! Rami yang kate website baru kami cooolll dan cantik sangat. Rugi kalau anda, anda dan anda tak melawat website baru kami: www.dinawedding.com


Bermula dari bulan September tahun lepas, alhamdulillah DINA PHOTOGRAPHY semakin mendapat sambutan.

Bermula dengan Birthday Party Visha & Kumar


diikuti dengan pendaftaran perkahwinan Kumanan & Sattiya


di susuli majlis perkahwinan Kumanan & Sattiya pada bulan Oktober


bulan November pula majlis perkahwinan Buddy & Eza di Johor


bulan Disember dimulakan dengan majlis pernikahan 
YM Sharifah Zarinatasha & YB Datuk Wan Ahmad Fauzi


diakhiri dengan majlis pernikahan dan persandingan Nadia & Fairoz




Pejam celik, sedar tak sedar dah setahun rupenye DINA PHOTOGRAPHY beroperasi. Alhadulillah semakin mendapat sambutan. Untuk 2012 pun tak kurang hebatnya. Alhamdulillah setakat ni tiap2 bulan ada klien. Will up load some photo of 2012 clients in next entry.

Nana says.... rasa macam nak demam mengadap gambar je hari2. Bila klien dah mula masuk tiap2 bulan baru tahu bukan mudah nak uruskan wedding photography ni sebenarnye. Ini baru sikit. Kalau tiap2 minggu ada 2,3 klien macam videography, pengsan terus agaknye.



Long Time No Seeeee!!!

Assalamu'alaikum dan Helllllloooooooooo!!!!!!

lame dah tak up date blog nih. last entry ialah Ramadhan tahun lepas. Last jengah pun 2 bulan lepas. oh my! oh my! oh my! dah ada template design yg baru laaaahhhh!!! (org yg tak berape nak creative ni mmg batak skit benda2 mcm ni). hahahahaha.....

bermula dari bulan puasa tahun lepas sampai lah sekarang ni....gile banyak keje. Bertimbun2 keje masuk lagi2 sejak En.Boss dah semakin bersikap seperti boss.... buat keje lambat sikit je, dah merajuk. Nasib baik boss comel...layaaannn. 

RAYA:

mcm2 perkara berlaku (dah tentu lah kan. kalau tak hidup ni sepi je lerr). Kita mulakan dengan raya... Persiapan raya tahun lepas boleh tahan hebat jugak lah bila abah sibuk nak tukar lampu baru. Tapi org yang pasang lampu tu dtg lambat dan buat keje separuh jalan. Akhirnya terpaksa batalkan acara wajib tahunan iaitu takbir hari raya di rumah sebab ruang tamu berselerak dan berhabuk. At last kami anak beranak pasang sendiri lampu tu. Pukul 4 pagi baru siap.

Tapi raya tahun lepas kami ada pembantu cilik, iaitu adik lelaki saya yang berusia 9 tahun sibuk nak tolong pasang langsir, bungkus kain batik & pelikat (untuk majlis amal di surau), potong daging dan banyak lagi. Alhamdulillah tahun lepas lebih meriah dari biasa. orang datang rumah tak putus2. Dari lepas sembahyang raya sampailah ke 12 tgh mlm baru dapat sunyi rumah. Kesian ibu tak rehat langsung dari pagi sampai mlm. Beberapa hari lepas raya kami celebrate hari jadi si kecik tu (umur je kecik tapi badan besar kemain lagi).

Sibuk nak pasang langsir. Sampai merajuk kalau tak bagi buat.
Celebrating his birthday dgn sebiji kek dan Dominos Pizza

cuti raya seminggu, kemudian masuk keje semula dan kembali sibuk call client sana sini...NAK COLLECT HUTANG DAAAAA!!!! 

LIFE:

tak ada banyak yang berubah (mcm semua org kessaaahhh je kaaannn!! hahaha). Hidup bz dgn keje hari2. Cuti pun tak mcm tak cuti. Ada je email kene balas dan ada je client yg menghubungi dan dihubungi. Yang pastinya ramai kawan2 merajuk sebab saya tak hang out dengan diorang. Haissshhh....

Tapi..tapi...tapi... saya jumpa KAWAN BARU-untuk kulit muka saya yang mcm bulan niiiiii... hehehehe..... sangat berkesan untuk mereka yang kulit macam kilang minyak dan berjerawat. Tapi tak de lah jerawat hilang dan kulit licin dengan kadar segera. ini bukan New York Skin Solution beb!.. ape produk tu agaknye ye??? jeng! jeng! jeng! Next entry kite story pasal kawan baru saya tu.

Boyfriend masih yang lama. Belum tukar baru lagi...kihkihkih! Almost everyday jumpa kt office. Tapi masing2 bz dgn tugas masing2. Nak keluar dating masing2 malas. Oleh itu, sambil keje sambil dating. Contohnya gi beli keperluan pejabat sama2. Kire dating lah tu kan. Atau masa makan sama2 dgn geng2 keje pun kire dating lah tu. Selebihnya dating dalam SMS je la..

Tahun lepas ramai kawan2 kawin. Tahun ni berderet lah memasing tunggu turn nak bersalin. Ada yang dah bersalin dah pun. Ada sorang kawan baik mengidam sangat nak makan Spaghetti yang saya masak. Alhamdulillah 3 hari sebelum dia deliver anak sulung dia, saya sempat jugak masakkan spaghetti utk dia.  dan on 4th March dia berjaya melahirkan seorang bayi lelaki. Thaqif namenye...dan...saya belum sempat melawat die pun. Cik abang kate nak pegi same2. Bile agaknye ni derrr??

Thaqif. Hanya dapat tengok dalam FB je setakat ni.


Nana says... tak habis kalau nak cerita semuanya dalam satu entry. Tapi apa yang pasti saya rasa macam saya ada sebuah kehidupan yang sangat menarik dan hebat. ;D




Sunday, 31 July 2011

Berdebar2 je nak sambut Ramadhan kali ni....

Esok dah puasa!!!! OMG! No more makan siang. No more nasi berlauk yg sedap2 waktu tgh hari. Tapi still yess to keluar makan pukul 4,5 pagi. Hehehehe.... 

Lain macam je nak sambut puasa kali ni kan. Berdebar2 je rase. Saye sorang je yg rase atau semua org rase mcm tu ye? Tapi yg pastinya tiap2 tahun pun mmg semangat berkobar2 nak sambut puasa. Ye2 je target nak baca al-quran sampai khatam. Tak nak miss solat tarawikh (hari yg cik merah tak dtg lah kan). Pastu nak pastikan solat tak tinggal langsung... bla..bla..bla... mcm2 target. Tapi at the end, al-quran nye tak bukak2 lansung. Solat tarawikh mane rajin je. Solat 5 waktu pun tercicir2 jugak. Aissshhhh.... 

Semoga tahun ni tak mcm tu. Tapi tahun ni tak nak yo-yo-o sangat mcm tahun lepas lah. Cuma berharap Ramdhan kali ni dapat mengubah diri menjadi manusia yang lebih baik. Target bru tahun ni, nak keje 4 hari je dalam seminggu. 3 hari lagi nak balik rumah family dan boss kate tahun ni 2 mggu sebelum raya boss nak tutup office dan nak cuti raya seminggu. Maknenya cuti 3mggu. Yeeeehhhhaaaaaa!!!!! Pastikan ianya menjadi ye boss.... hehehehehe....

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. 
Semoga kita dapat melakukannya dengan baik.
Insyaallah....


Nana says.... teringat masa kecik2 dulu bila puasa dah nak dekat ramai yg berlumba2 cari tempat nak tengok anak bulan. Siap ada keluar senarai tempat yg kita boleh gi tgk anak bulan. Sekarang dah tak de semua tu kan... 

Wednesday, 27 July 2011

unexpected meeting with owner of Bridal Sanctuary

Pernah dengar nama 2.Bridal Sanctuary tak? Kalau tak pernah, klik kat name tu dan cuci mata anda dgn pelamin2 rekaan BS dgn konsep kontemporari yg sangat unik. Saye mmg sangat sangat sangat sangat sangat 186x teruja dengan pelamin rekaan 2.BS dan sangat kagum dgn kreativiti mereka. 

Al-kisahnya malam semalam lepas pindahkan beberapa barang dari office lama ke office baru, saya, boss dan 2 lagi office mate pun pegi lah lepak makam2 kat restoran near by. Tiba2 kakak call dan ckp "BS sms aku kata yg diorang nampak kau dgn team kau tadi." Ok. Tadi? Saye pandang sekeliling dan saye nampak seseorang dari meja hujung kedai asyik toleh2 ke arah saye. dalam hati.... "aishhhh... dia ni ke?" Sebelum ni pernah jumpa diorang kt rumah saye masa majlis pertunangan kakak. Kakak sewa pelamin dgn BS. Tapi majlis tu bulan 12 tahun lepas. Dah agak lame dan tak cam dah muka + saye rabun sikit. Nak tegur pun segan, takut salah org. Oleh itu, hantar sms je la...."Hi guys, nana ni. Ada kt Sri Kembangan ye tadi? Nad call tanye nana kt mane sebab u all bg tahu die yg u all ade nmpk nana." dan terus diorang call....OMG!!! Betul lah diorang yg duduk kt table hujung tu. OK. Bingkas bangun, pegi kt diorang, gelak2, sengeh2 dan duduk kejap lah. Kononnye nak kejap je. Tapi......... tetibe Mr. Boss pun sibuk gak datang join kt table tu. Aaaarrrgghhhhh!!!! Mmg panjang lebar boss bercerita pasal business dalam wedding industry ni. Sampai pukul 5 pagi kat kedai makan. Boss...boss... kalau dah berborak......hmmmmm... Tapi agak seronok jugak walaupun ngantuk sebab masing2 bertukar2 cerita pasal bisnes masing2 dan masalah2 klien yg dihadapai. 

OK. Cite sikit pasal BS ni. BS baru je ditubuhkan bulan 8 tahun lepas tapi dah agak meletop jugak dek kerana rekaan pelamin yg lain dari yg lain. Kalau tak percaya boleh visit blog dia atau Page BS kt FB. Belum ada lagi saye tgk pelamin yg guna botol2 dan rak dan cermin besar dan susunan bunga yg sedikit berbeza dan...dan...dan... bnyk lagi. sila tgk sendiri. Mmg sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat 739x unik. Pelamin BS semuanya custom design dan rekaan setiap pelamin tidak akan diulang 100% sama utk klien2 lain. Kalau ada jugak klien yg nak pelamin yg sama, hiasan akan diubah sedikit. Harga pun setahu saye adalah reasonable sesuai dgn hasil kerja yg kemas dan unik tu. 

Mini Pelamin utk majlis pertunangan kak saye:
simple tapi tetap nampak exclusive

replika buah-buahan yg comel dan nmpk mcm real sampai anak2 sedara 
yg umo 3,4 tahun semua berkumpul dekat pelamin semata2 nak cuba keluarkan buah tu. 
Nangis2 bila tak dapat. Pening kepala mak masing2. 

 Image by: dinaphotography


Nana kata.... pok pek pok pek sampai pukul 5 pagi.pipi pun letih asyik sengih gelak sengih gelak. Tapi betul2  tak sangka dapat duduk semeja dgn owner BS dan borak panjang. Yang pastinya....mereka sangat friendly. Jagan lupa terjah blog BS lepas ni ye!