Thursday 28 April 2011

Nenekku bercerita tentang C.I.N.T.A

Saya nak cerita pasal nenek saya yang memang pakar bab cintan-cintun ni tapi tak tau lah kenape tak de mood plak tetibe dan tiba2 jugak tak berapa jelas ingatan ni. Tapi nak tulis jugak lah ape yang saya ingat.

Situasi ni berlaku dah lame dah. Lebih kurang 2 tahun lepas. Masa tu saya nak makan kat dapur. Kebetulan nenek saya ni (saya panggil dia wan) tengah minum petang. Dia membebel pasal kakak saya yang selalu sangat keluar rumah. Dia ingat kaka saya tu selalu keluar sebab gi dating. So dia mula berceramah kat saya tentang cinta. Saya berikan tajuk ceramahnya itu 'Dating selalu boleh menyumbang kepada kehambaran dalam hubungan'. Mula2 sekali dia kata kalau dating selalu nanti bosan. Sebabnya:
  • 1. Dah selalu sangat dating dan tambah2 lagi setiap kali dating tu berdua je dan semua aktiviti sama je dan tak berfaedah. Nak buat aktiviti lain dah tak tahu sebab semuanye dah. Tengok wayang dah selalu berdua. pegi shopping mall pun dah selalu. Pegi taman pun selalu. Makan berdua pun selalu. Eh, bosan lah! 

Fikir saya...ada betulnya jugak kalau setiap kali keluar dengan pasangan asyik berdua sahaja tanpa kawan2 dan semuanya aktiviti yang tak berfaedah je...bosan dowh. Korang tak bosan ke? Asal dating je, tgk wayang. Asal dating je, gi makan. tak pun jln2 kat shopping mall/taman. Ape ade dowh tempat sama tiap2 minggu. berdua je plak tu.

  • 2. Nanti terlanjur. Bila dah bosan dengan aktiviti biasa, tgh berdua pulak tu...kemungkinan terrrrgoda digoda ni ada. tau2 je lah sape yang ke-3 kan. Lagi2 di tempat tak ramai orang atau gelap atau dah lewat malam.

Fikir saya...pun ade betulnya. Dah selalu berdua, bosan dgn aktiviti biasa. Biasanya yg lelaki lah yg akan keluar dgn idea2 sangap tu. Dan yang perempuan pulak dah sayang....dalam tak nak2 pun akhirnya dituruti juga. sikit2 lama2 jadi bukit. Saya kata... berani buat berani lah tanggung risikonya. bukan sahaja risiko mengandung tapi juga risiko dicurangi, ditinggalkan dan risiko terjebak buat selama2nya

  • Nenek saya juga berpesan kalau bercinta jangan sungguh2, jangan 100%. 

Eh, bercinta jangan sungguh2? Bukan kene sayang pasangan kita sepenuh hati ke? 

Ini sebabnya: Sedang orang yang berkahwin boleh bercerai, ini kan pula yang sedang bercinta....sekadar hubungan yang tiada jaminan. Apa yang dimaksudkan dengan jangan bersungguh2 itu ialah...berhati2 jangan samapai kerana hati tergadai body dan harta. Jangan sampai kerana cinta kita banyak buang masa. Jangan sampai kerana cinta kita buang segalanya. Bila dah semua tergadai, tiba2 kene tinggal, mau tak mcam orang gila jadinya sebab hajat nak ke jinjang pelamin tak tercapai, apa yang ada tergadai. 

Ha....betul lah tu. Itu lah yang selalu terjadi. Semuanya berpunca dari sungguh2 sepenuh hati mencintai pasangan sampai melampaui tahap yang sepatutnya. Dan dengan cara 'tak bersungguh2' ini juga kita dapat elakkan kekecewaan yang melampau bila hubungan terputus di tengah jalan. Tapi ini bukan alasan untuk ada 2,3 gf/bf dlm 1 masa dan bukan alasan untuk jadi kekasih yg tak bertanggunjawab dan tak penyayang. Bila dah kawin baru kita bagi 100% hati kita pada si dia. Sebab orang yang dah kawin ni lain. Tanggungjawab nya lain. Hubungannya berbeza. Ikatan perkahwinan yang sah tu ada aura yang istimewa gitu.

Hmm... saya bukan berkhutbah ok. Saya kasi tahu apa yang nenek saya cakap dan sama2 kita fikirkan. Tengok hubungan kita (saya pun tgk sama), tengok orang di sekeliling kita (saya pun tgk sama)..betul ke tak ape yang nenek saya cakap ni? Fikirkannya....(saya pun fikir jugak). Saya cuma sampaikan untuk renungan bersama2 dan sama2 lah kita elakkan hubungan yang membosankan dan kekecewaan yang melampau.

Dah type panjang lebar...tiba2 rasa mcm bosan je post ni. Sorry mmg gila tak de idea mcm mane nak jadikannya menarik. Sebenarnya panjang cerita nenek saya ni. Dia siap kasi contoh2 yang ada. Sampai kering tanagn dan pinggan lah saya mendengarnya. Tapi panjang sangat tak larat nak type pulak.


No comments:

Post a Comment