Friday, 20 July 2012

Ramadhan Datang Lagi: Mari bersedekah


Assalamualaikum,

Lama dah tak jengah blog ni. Sekejap je dah sampai Ramadhan lagi rupenye. Rasa macam baru 2,3 bulan lpeas post kt blog untuk Ramadhan yang lalu. Malam Ramadhan yang pertama kali ni celebrate kat office memandangkan ada kerja yang perlu di selesaikan dgn segera dan ada klien nak datang bertandang pagi2 esok. Dah tak sabar sangat nak balik rumah family esok. Boss.... kasi lah saya cuti semingguuuu!!!! Sementara tunggu file siap di export ke hard disk lain, kite main blog jap lah.

Ramadhan tahun lepas tak lah sebagus yang di harapkan... maksud saya amalan saya yang kurang memuaskan. Tapi alhamdulillah ada jugak perkara yang saya dapat buat lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Semoga tahun ni lebih baik lagi. Insyaallah... 

Korang semua mcm mana pulak agaknye? Apa matlamat korang bulan puasa kali ni? Nak improve solat kah? Nak improve sedekah kah? Nak improve bacaan al-quran kah? atau awal2 lagi dah plan nak increas jumlah baju raya, kasut raya, bag raya? improve dekorasi rumah? Plan majlis rumah terbuka besar-besaran? hahaha... Gila glam betul korang ni.

Syukur Alhamdulillah ramai di antara kita di M'sia ni dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana yang aman, jauh dari peperangan, kebuluran, wabak penyakit. Boleh berbuka dan bersahur dgn juadah yang enak, boleh shopping sakan, boleh beli mcm2 benda baru, buat facial, set rambut semata2 nak sambut raya. Kira banyak jugak lah duit kita ni kan walaupun ramai di antara kita tak mampu nak susun kereta mewah milik sendiri kat depan rumah dan tak mampu nak shopping barang2 branded tiap2 hari. 

 Nak dibandingkan dengan nasib orang lain baik di dalam atau di luar negara yang nak makan pun kene masuk hutan, redah sungai deras, semata-mata nak cari pucuk2 dan ulam2 untuk di makan. Yang kena berjalan kaki 3,4 kilometer sehari semata2 nak dapatkan sebaldi air. Kanak2 yang meleleh air liur tengok gula2 sebab tak mampu nak beli. Ingatkah kita kepada golongan2 ini?

Ingat tu memang lah ingat. Kat malaysia ni pun ramai je golongan orang2 susah ni. Pegi mana2 pun boleh nampak depan mata, kt TV pun selalu keluar kisah orang2 susah ni kan. Cuma nak gi tolong tu tak ada masa. Ada gak niat nak bersedekah, tapi kita pun tak kaya-raya cam mane nak bersedekah kan..kan..kan.. Aiiisshhh..... Alangkah bagusnya kalau kita ada banyak duit boleh kita sedekah banyak2 kt orang susah tu kan...

Owh... alasan... kemain lagi! Ada ade jawabnye kalau sebut bab tolong orang susah, sedekah, amal jariah.

Di bulan yang mulia ni, jom kita ubah sikit sikap kita. Sebelum keluar gi jalan2 siap2kan duit syiling banyak2 dalam bag, wallet atau kocek. Nanti tgh berjalan2 kalau terserempak dgn OKU yang nyanyi2 tepi jalan mcm kt jalan TAR, atau yang juang tisu hulur je lah segenggam duit syiling. Kalau tengok kt TV ada program yang minta kita hulurkan bantuan kepada keluarga2 miskin, siap2 pen n kertas atau HP salin no acc dan bank in lah RM5 ke, RM 10 ke... kalau tak bleh gak RM 1 pun jadilah. Yang penting ikhlas. 

Jom sama-sama kita hulurkan sedikit sumbangan supaya orang lain pun dapat sambut Ramadhan dan Syawal dengan senyuman dan kegembiraan. Semoga amalan sedekah kita mampu mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, mengkukuhkan lagi keimanan kita terhadap-Nya, dan membawa kita ke syurga. Insyaallah...

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Nana Says: gambar di atas sekali ialah design saya untuk ucapan ramadhan tahun ni. Tapi boss reject design yang ni. Tak ada 'uummmpphhh' katenye. So up load kat blog je lah... :(

No comments:

Post a comment