Sunday, 29 May 2011

Wedding Videography dan Saya...

Saya belajar bidang kaunseling tapi end up bekerja di sebuah small wedding videography production house. Memang tak pernah terfikir nak masuk dalam bidang ni. Apalah sangat wedding video ni kan. Balik2 tengok pengantin happy sebab dah nikah. Pastu cakap2 kat dalam video tu. Wish dari sedara mara. Pastu lompat "Hooray!!! Dah kawin!!!" Main golek2 cincin lah. Jalan2 pegang tangan lah. Best memang best video2 mcm tu, tapi tak de excited mane pun. Macam tengok cite kat tv je.

Hingga lah suatu hari terberkenalan dengan Mr.AHI dan die cerita pasal keje dia. Balik rumah terus search internet. Dalam hati masa tu..."tengok sikit bagus sangat ke video2 diorang ni. cite macam bagus." Dapat search video dia dan......OMG!!! Nak nangis beb. Ini baru betul video orang mendirikan masjid. Memang tersentuh habisss. Dari situ lah mula minat nak tgk macam mana diorang shoot, macam mana diorang edit. Maka berputik lah segala2nya. Bukan berputik minat kat wedding videography je, berputik cinta di hati jugak. Kikikikikiki......... Akhirnya saya di sini. Tapi sampai sekarang tak reti edit video walaupun hari2 duduk sebelah boss dan dah berkali2 boss terangkan, tapi masih tak ingat2. Last2 boss cakap "Bengap betul lah awak ni!" Hahaha...sorry boss.

Di bawah ni ialah one of my favorite video. Jangan malu jangan segan, silalah tonton.

video

Yang belum kawin tu, ada rasa nak kawin tak lepas tengok video ni? hihihi..



Friday, 27 May 2011

Jerry Lavinge Jr & Tips Tambat Suami kat Rumah...Hehehe.

video

Dalam post yang lepas saya ade beritahu nak tulis tentang isteri yang lalai, tapi lepas tu macam tak berapa rajin pulak nak tulis topik tu. Tiba2 terjumpa balik video kat atas ni. Dulu pernah tengok video ni tapi tak share pun, bantai gelak sorang2 je. Kali ni rasa nak share sebab isu isteri + memasak ni adalah salah satu content dalam topik yg saya tak jadi post tu. Memang sengal betul mamat ni. Tapi dalam kasar2 bahasanya, dalam lawak2 pun ada betul apa yang dia cakap tu. 

Ramai wanita modern sekarang memandang remeh tugas memasak ni. Bila sebut pasal 'menambat hati suami', yang diutamakan kebanyakan isteri ialah penamilan dan kecantikan. Ramai yang anggap sekarang zaman modern, kedai makan dah belambak, so boleh tapaw je. Lebih sengal bila ramai yang kate mat salleh tak de hal pun bini diorang tak masak kat rumah. 

Tapi kalau tengok balik cite2 omputih, mesti ade je scene baru balik dari supermarket beli barang dapur atau makan malam 1 keluarga kat rumah dan isteri yang akan masak. Kemudian ada pulak scene perempuan nak ngorat lelaki, so ajak makan malam kat rumah. Makanan beli kat luar tapi kelentong kata masak sendiri. Hmmm.....kalau betul lah kat negara barat isteri tak masak tu dikira perkara remeh, kenapa mesti ada scene macam tu dalam movie2 diorang? So kesimpulannya memang penting untuk perempuan tahu memasak dan menghidangkannya kepada ahli keluarga. Buktinya, mamat dari negara omputih ni sendiri kasi tahu yang perempuan kene masak untuk tambat dan ikat hati lelaki.

Mengikut pandangan saya, apa yang si Jerry ni cakap memang banyak betulnya. Saya sendiri pernah dengar beberapa lelaki yang bergelar suami merungut dan marah pasal isteri mereka tak nak masak. Bengang sebab diorang terpaksa makan kat luar hari2. Ada yang mengeluh sebab dari bab makan sampai bab urus pakaian, kemas rumah, semua suami kena buat sendiri. At last memang keluar dari mulut diorang "Semua benda kene buat sendiri jugak sama je macam sebelum kawin.", "Ada isteri pun tak boleh harap. Asyik fikir pasal keje die je. Yang kat rumah terbiar." 

Saya rasa mereka2 ni tak kisah kalau kena tolong isteri buat kerja rumah. Cuma mereka mengharapkan give and take. I dah tolong u kemas rumah dan pegi supermarket beli barang dapur, so u tolong lah urus makan pakai I pulak. Lebih kurang macam tu lah kot. Hehehe...

Bagi para isteri yang dah bertungkus lumus memasak dan menguruskan rumah tangga, tapi suami masih cari lain lagi....itu bukan salah anda. Tuhan sedang menguji. Bersabar lah ye...

Muka si Jerry ni sweet habissss!!!

Maaf Wahai Kawan.... I am selfish. Tak tau ke?!!!

Tak tau lah kenape rase malas sangat nak jumpa kawan2. Macam tak ada daya nak dengar sebarang masalah diorang lagi dan tak ada keinginan untuk berkongsi masalah dengan diorang. Terus terang memang dah malas nak buang masa dengan melepak ni. Duduk rumah sorang2 lagi best.

Teringat masa kecik dulu, kalau family gi keluar jalan2 aku tak ikut. Duduk rumah je dengan nenek tengok TV lagi best. Bila nenek tanya kenapa tak ikut jalan2? Jawapannya: malas, bukan ada apa pun jalan2. Bila dah masuk form 4 baru mase tu kuat betul merayap dengan kawan2. Agaknya sebab kat asrama tu bosan sangat. Terbawak2 lah sampai ke besar. Dan sekarang...rase malas betul nak keluar2. Kalau gi makan kat luar pun, tertunggu2 bila boleh chow balik ni. 

Kawan kate ini terjadi mungkin sebab banyak sangat dok kat office dan dah lame tak keluar lepak2 selalu macam dulu. Dan diorang akan salahkan bf aku sebab diorang kate ni semua gara2 bf aku yang tak bagi keluar malam. Ade pulak yang kate mungkin sebab masalah banyak sangat sampai aku bertindak meminggirkan diri dari kawan2. Hakikatnya........aku sendiri rasa selesa tak keluar lepak lama2. Tapi kalau setakat ajak keluar makan lepastu borak2 jap, memang sure ok punya. Tak de hal lah. Apa salahnya. Tapi kalau nak keluar lepak dari siang sampai ke malam atau dari malam sampai ke pagi, tak kira lah lepak kat luar atau lepak kat rumah aku je dengan kawan2, serius tak larat nak layan. 

Seingat aku memang dari dulu aku tak berapa selesa orang lepak rumah aku sampai pagi. Tapi tak berani nak cakap takut menyinggung perasaan kawan2. Takut diorang cakap aku cerewet sangat atau kedekut sangat. "bukan kacau kau pun. lepak je kot. bukan buat bising pun. bukan ramai2 pun. ko nak buat ape buat lah, aku bukan kacau kau pun." perkataan2 macam ni confirm keluar dari mulut diorang. Sendiri pulak yang tak sanggup nak dengar. Sebab bagi kawan2, tido2 rumah org ni perkara biasa lah. Aku je yang tak biasa. Kecuali kalau rumah kawan tu betul2 sebelah rumah aku, should be ok lah. Senang anytime  boleh balik rumah sendiri. 

Maaf kawan2. Bukan tak sudi, bukan nak sombong, cuma malas nak lepak borak2 sampai 4-5 jam. Nak keluar tu boleh. Tapi kalau lepas tgk wayang tu terus balik rumah boleh? atau lepas makan tu borak2 dalam sejam dua je lepastu terus balik rumah boleh? Nak keluar shopping? Ok. Tapi kalau tak cukup duit, jangan mintak kat aku boleh? Tak suka tgk orang bazir2 duit shopping benda tak penting lepas tu tak cukup duit mintak kat orang lain.

Nak tau kenapa saya tak suka?  Sebab saya seorang yang pentingkan diri dan pentingkan privacy. 
Ada yang nak marah saya ke? Ada yang nak merajuk ke?
 

Do I look like I care?
Na-ah bebeh!

Thursday, 26 May 2011

O is for the Only One I see.... AIR MATA ku untuk MATA AIR ku.

He is the ONLY ONE I see. My Mr. AHI. Orang sedang dilamun cinta...buat ape pun terasa indah. Berharap sangat2 keindahan yang dirasakan ni kekal sampai bila2. Bukan indah masa bercinta je, lepas kawin jadi tak indah pulak. Oh, tidak! Tak nak! Persoalannya, akan kawin kah kami? Sesungguhnya cintaku yang ini memang rumit

Walaupun dia tak pernah bawak saya keluar dating berdua, saya tak kisah. Ape je yg best sangat dating berdua ni. Dapat berjumpa di office setiap hari dan dapat keluar makan sama2 sudah memadai buat masa ini. Kalau tak jumpa seminggu dua pun...SMS, YM dan phone call menjadi alat penghubung setiap hari. Walaupun dia tak kaya raya, tapi kesungguhannya dalam mencari rezeki serta kesungguhannya memikul tanggungjawab terhadap keluarganya, sungguh memikat hati ini. 

Ramai yang melihat bahawa dia bukan yang terbaik buat saya. Betul atau tidak perkara itu, hanya tuhan yang tahu. Saya sentiasa cuba merasionalkan akal fikiran ini, supaya tak hanyut dengan perasaan sendiri hingga tak nampak kebenaran yang di depan mata. 

Apa yang saya tahu kehidupan saya dan pemikiran saya semakin banyak berubah sekarang. Tak tahu adakah dia menjadi faktor kepada perubahan itu atau usia yang menybabkan ianya berlaku. Yang pastinya dialah yang banyak memberi sokongan dan galakan. "Jangan biar orang pandang rendah atau pandang hina kat awak. Tak boleh macam tu." Ayat yang selalu dia ungkapkan. Dia tak pernah suruh saya gemukkan sikit badan. Dia tak pernah suruh saya pakai make up untuk tutup cela di kulit muka. Dia cuma suruh saya jaga diri jangan sampai ada yang memperlekehkan diri ini. 

Kalau dulu saya tak banyak berfikir tentang masa depan diri sendiri. Apa nak jadi, jadi lah. Asalkan hidup dapat diteruskan. Tapi sekarang saya mula berusaha membetulkan disiplin diri dan memotivasikan diri setiap hari. Sentiasa berfikir tentang masa depan. 

Kalau dulu saya tak kisah tentang pakaian yang kemas. Dalam fikiran ni asyik kata fesyen itu tidak penting. Cantik2 pegi shopping mall nak buat ape. Bukan pegi keje nak kena pakai cantik2, elok2. Tapi sekarang dah mula fikir tentang pakaian yang elok. Kalau boleh nak berpakaian kemas 24jam sehari. Tak nak selekeh2 lagi. 

Saya rasa selesa dengan dia sekarang. Harapan di hati nak kekal sampai bila2. Tapi hanya tuhan yang tahu. Sampai sekarang saya tak tahu apa penghujungnya kisah cinta ini. Walaupun di hati ni rasa sayang tinggi menggunung, tapi hubungan ini sangat rumit. Banyak halangannya. Boleh diklasifikasikan hubungan yang terlarang. Bukan terlarang kerana haram di sisi agama, tapi terlarang kerana haram dari sudut pandangan keluarga dan masyarakat. Keluarga menolak bukan kerana pasti bahawa dia lelaki yg tidak bertanggungjawab, tapi menolak kerana masyarakat (lebih2 lagi saudara mara) akan menghina. Pandangan masyarakat memang boleh ditolak tepi, tapi keluarga tidak sekali. Itu yang menjadikan segalanya sulit dan rumit, kerana saya dibesarkan oleh ibu bapa bukan oleh sang cinta. 

Semoga Allah beri saya petunjuk. Semoga saya tidak hanyut dibuai perasaan sendiri dan semoga saya tidak pilih jalan yang salah.

Nana kata.... Inilah kali pertama hati ini rasa bersungguh mahu dinikahi oleh seseorang yang dicintai. Akan terlaksanakah?


Wednesday, 25 May 2011

Bulan ni ramai yang BAD MOOD

Tak jadi nak post tentang isteri yang lalai. Lain kali lah kot. Bulan May ni ramai betul yang moody. 2 minggu lepas saya asyik moody je sampai lah ke minggu lepas. Minggu ni bf pulak moody, sampai tak boleh nak buat keje jadinya dia. Kawan2 pun nampaknya ramai yang moody. Hmm...

Perkara paling teruk yang pernah saya buat masa tgh bad mood ialah diam, tak mahu jumpa siapa2, tak de selera makan (tapi mkn jugak sebab takut berat turun banyak sngt), lagi...buat org lain kecil hati atau sakit hati. Ye, bila kita dah diam, org mesti tanye kenape. Bila kita tak nak bagi tahu org mesti lah sakit hati. Tapi nak buat macam mane dah kita tgh tak de mood nak bercakap.

Bahaya tak bahaya bad mood ni ye? hmmm... memang gila kentang punya bahaya. Kalau boss bad mood, pekerja pun turut tak berape ade mood nak bekerja. Lagi2 kalau boss bad mood dan ade je benda yang dia nak marah pekerja dia. Nanti tak pasal2 pekerja pulak bad mood dan buat hal pulak kat tempat kerja.

Kalau mak atau ayah bad mood? pun same jugak. Kalau dah bad mood mesti tak kuasa nak layan anak2 kan. Kecik hati anak bila dia tanya tapi mak/ayah tak nak jawab. Atau salah kecik je, tapi tiba2 kene marah kaw2 punya. Kalau selalu sangat bad mood, nanti renggang hubungan anak dgn mak/ayah. 

Bad mood memang tak best. Sakit kepala, susah tido, hilang selera makan, orang lain pun dapat tempiasnya jugak. Tapi macam mana cara nak hilangkan bad mood atau sekurang2nya elak bad mood ni? ada cara ke?

Tuesday, 24 May 2011

Asyik fikir isu rumah tangga dan anak

Tak tahu la kenapa lately ni otak asyik berfikir tentang isu2 rumah tangga dan kekeluargaan. Mungkin sebab hari2 ngadap video orang kawin, atau sebab segala artikel2 berkaitan yang terpampang di ruang akhbar atau internet. Mungkin juga kerana terkenang segala masalah yang melanda diri rakan2 atau diri sendiri. 

Walaupun saya belum kawin dan dah tentu belum ada anak, dalam takut2 tersalah tulis, tetap nak post jugak sesuatu yang berkaitan rumah tangga dan kekeluargaan. Setiap apa yang saya tulis, bukan rekaan atau khayalan saya semata-mata. Saya tulis berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan segala kisah2 benar rakan2 serta kenalan. Harap2 post saya tak membosankan dan kalau ada tersalah tulis, sudi2 lah komen dan beri tunjuk ajar kepada saya yang belum ada pengalaman berumah tangga ni.


Yang saya pasti, alam perkahwinan tak semudah seperti yang diangan-angankan. Next post sedikit tentang isteri yang sambil lewa dalam menjalankan tanggungjawab.

Lepas ni saya akan cuba pendekkan penulisan saya ye. Bila tengok balik, sendiri pun pening baca post yang panjang. Hehehe...

Sunday, 22 May 2011

ANAK GAGAL kerana AYAH GAGAL (Macam biasa..post ni panjang lebar. Anda hebat kalau baca sampai habis)

Kalau dalam post sebelum ni saya tulis tentang ibu, sekarang nak cerita tentang ayah. Kalau dah ibu sibuk membantu suami mencari rezeki, apatah lagi si ayah. Lagi lah berganda2 sibuknya. 

Jarangnya seseorang ayah berada di rumah mungkin dianggap perkara biasa bagi ramai orang. Kurangnya masa yang diluangkan oleh seorang ayah untuk meninjau perkembangan anak2 dan mendidik anak2 juga semakin dianggap perkara biasa oleh ramai orang. Perkara yang dianggap biasa ini menyebabkan ramai pihak terlupa bahawa tugas seorang isteri ialah menjaga dan mengasuh anak2, tetapi mendidik dan membimbing anak2 adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh kedua ibu bapa selagi hayat di kandung badan. 

Tak ada masa...
Okay...bila baca apa yang saya tulis kat  atas ni mesti ramai yang kata... "kalau dah sibuk nak mendidik anak, bila masa nak keluar cari rezeki." "Isteri kan pembantu suami. Jadi kalau suami tak de kat rumah, isteri lah yang bertanggungjawab mendidik anak2." Ye..ye..ye.. betul sangat lah tu. Bijaknyeeeeeee... 

Bagi saya alasan sibuk di office sampai tak de mase nak didik anak2 itu adalah 1 alasan yang tak boleh diterima pakai. Kalau sibuk berperang so tak boleh nak bawak anak tu...ye lah kan. Tapi itu tetap tak menjadi alasan untuk seorang suami/ayah mengabaikan tanggungjwab nya dalam mendidik anak2. Bukan pegi bertugas 7,8 tahun tak balik2. Mesti ada balik rumah jugak kan. 

Tapi macam biasa..perkataan 'tak ada masa' tu lah yang paling banyak kita dengar zaman sekarang ni. Baik ayah atau ibu dua2 keluarkan perkataan 'tak ade mase'. Kenape agaknye ayah2 zaman sekarang tak de mase ye? Ni sebabnya:


  • Masuk office 8.30 pagi, jadi subuh2 lagi dah kene keluar rumah. Habis keje 5 petang, sangkut dalam traffic jam pukul 6 lebih, kadang pukul 7 lebih baru sampai rumah. Lepas tu nak solat maghrib. Lepas tu nak tengok berita tv 3 (politik kalau miss sehari rugi ooo). Lepastu nak solat isyak. Lepastu nak rehat sambil tengok astro. Bila mase nak didik diorang nak buat macam2. Malam2 kat rumah mesti lah nak rehat. Kalau tak rehat macam mane nak keje esok. Hari yang tak keje, mesti lah nak santai2 rehatkan badan dan otak. Nak happy2. Ade pulak yang bagi alasan tiap2 malam kene ke surau. Ahli lembaga surau katenye. Tak boleh bawak budak2. Bising. Mengganggu je. Sabtu ahad nak pegi jumpa kawan. Ada rancang bisnes sikit. Lagipun nak kene ambik tahu hal semasa. Mesti lah ade diskusi dengan kawan2 kan. Tak boleh bawak anak. Leceh. Gitu katenye... Itu yang keje dengan orang. Yang keje sendiri pun lebih kurang gitu jugak bunyinye. Sibuk dengan meeting lah. Nak kene siapkan keje cepat, nanti klien bising. Keje kat office belambak, kalau bawak anak2 nanti tak terjaga. 

Otak kanak2=Absorber...
Hakikatnya ramai yang tak sedar, mendisiplinkan anak perlu dilakukan sebaik anak itu lahir ke muka bumi. Caranya ialah ibu bapa itu sendiri perlu mendisiplinkan diri supaya di contohi anak2. Otak anak2 ini ibarat absorber. Ape saje yang dilihat atau di dengar akan menyerap ke dalam otak dan itu lah yang akan dipraktikkan  bila mereka sudah besar. 80% cara mendidik anak yang berkesan adalah melalui perbuatan. Ini menandakan bahawa mendidik anak tak perlu ada masa khas. Cuma ibu bapa perlu bertindak sebagai role model kepada anak2. 

Ayah yang gagal...
Ramai anak2 lelaki sekarang tidak mampu menjadi lelaki yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada ahli keluarga tetapi juga kepada diri mereka sendiri. Kenapa agaknya perkara ini berlaku? Saya kata... kerana gagalnya seorang bapa membentuk sikap bertanggungjawab di kalangan anak lelaki. Ini contohnya:

  • Apabila seorang bapa tidak pernah membatu si ibu melakukan kerja2 rumah dan menyerahkan segala tugas dirumah kepada si ibu, maka anak lelaki akan secara automatik menyematkan dalam minda mereka bahawa segala kerja rumah bukan tanggungjawab orang lelaki. 
  • Apabila si ayah tidak mencuci pinggan sendiri lepas makan, membiarkan si isteri mengutip semua pinggan dan mencucinya seorang diri sedangkan sebelum itu sudah bertungkus-lumus memasak untuk seisi keluarga, maka anak juga akan bersikap demikian. 
  • Kalau si bapa baring tengok tv sahaja di rumah sedangkan si ibu tak habis2 lagi buat kerja rumah, anak juga akan ikut buat perkara yang sama. 

Maka semua kerja rumah akan tertanggung di atas bahu isteri atau anak perempuan sahaja, manakala si anak lelaki lansung tak tahu menguruskan rumah mahupun menguruskan diri mereka sendiri dan sekali gus  kurangnya rasa bertanggungjawab dalam diri mereka untuk membantu menjaga dan menguruskan rumah yang mereka diami. Mereka akan bersikap seperti raja dan mengharapkan semuanya diuruskan oleh si ibu, termasuklah soal menjaga keselamatan di dalam rumah dari mereka kecil hingga dewasa. 

Anak hormat bapa tapi tak hormat ibu...
Kita juga biasa dengar ramai anak yang hanya hormat kepada bapa tetapi tidak hormat kepada ibu. Kenapa agaknya ya? Saya kata... kerana bapa sendiri sering bersikap acuh tak acuh kepada si ibu, tidak mendengar teguran si isteri dan sekaligus mempamerkan sikap tidak mempedulikan setiap kata2 si isteri di hadapan anak2. Begini penerangan saya:

  • Apabila anak2 melihat si bapa yang garang tidak pernah mempedulikan teguran si ibu, mengambil remeh kata2 atau apa sahaja perkara yang disampaikan si ibu, maka anak2 juga akan mengikut jejak langkah si bapa. Anak2 juga akan menganggap apa yang diperkatakan ibu adalah tidak penting, arahan ibu tidak penting, teguran ibu juga tidak penting. 
  • Ditambah pula si ayah sering bersikap seperti raja di rumah, membiarakn si ibu terkontang kanting menguruskan segala perkara di rumah seorang diri, maka si anak juga akan melakukan perkara yang sama. Tidak mempedulikan si ibu dan tidak menghormati si ibu kerana menganggap si ibu itu sebagai seorang perempuan yang kerjanya menguruskan hal2 rumah dan menguruskan segala keperluan suami dan anak2 sahaja. Tidak lebih dari tu. Apabila bapa gagal menunjukkan contoh yang baik, maka anak juga akan mengikut jejak yang sama. 

Seorang bapa akan berkata, bukan tidak mahu mendidik, tetapi tidak ada masa. Lagi pun anak lelaki, tak perlu di kawal sangat, pandailah mereka membawa diri mereka dha besar nanti. Hakikatnya...lambakan remaja lelaki yang gagal kini berada di mana2 sahaja. 

Bapa malas dan pentingkan diri...
Tiada apa sebenarnya yang menghalang seseorang lelaki menunaikan tanggungjawabnya sebagai ayah. Masa bukan penghalang. Yang menjadi penghalang ialah sikap malas dan pentingkan diri yang ada dalam diri manusia. Sekali lagi semuanya mengejar kemodernan, mengejar kekayaan, dan mengejar hiburan. Yang difikirkan... nak beli kereta baru, nak beli rumah baru, nak lepak borak2 dengan kawan2, nak bersenang-lenang. Sedangkan ada perkara lebih penting yang boleh menjamin kesenangan dan kebahgian di masa hadapan yang perlu diuruskan terlebih dahulu.

Kita selalu menganggap anak2 tidak tahu apa2. Lebih2 lagi anak2 kecil, menyusahkan kalau di bawak ke mana2. Sedangkan adalah menjadi tanggungjawab seorang bapa mendidik anak2 tentang erti kehidupan. Mendidik anak2 cara mengisi masa dengan betul. Menjauhkan diri anak2 dari perkara yang boleh memberikan pengaruh buruk dalam kehidupan mereka. 

Jadi role model dan rakan kepada anak...
Yang perlu di lakukan ibu bapa dalam usaha mendidik anak2 adalah dengan menjadi role model dan rakan kepada anak2. Kalau kita boleh berbual tentang isu semasa dengan rakan2, kenapa tidak dengan anak? Kalau anak tak faham, ibu bapa lah yang bertanggungjawab menerangkannya. Kalau boleh beriadah dengan rakan2, kenapa tidak boleh beriadah dengan anak2? Kalau nak ke surau, apasalahnya bawak sekali anak yang dah beruisa 7 tahun tu? Kalau di bawa sekali, perlahan2 boleh didik anak itu tentang tata tertib dalam surau, tentang solat, tentang agama, tentang iman. Mungkin anak itu takkan faham dalam masa yang singkat. Mungkin makan masa bertahun. Tapi pastinya berbaloi di masa akan datang. 

Ayah dan anak buat sama-sama...
Kalau berkebun di laman rumah, apasalahnya ajak anak sekali. Apa salahnya bawa sekali anak tu kalau ada mesyuarat rukun tetangga, supaya dia cepat belajar tentang isu kemasyarakatan. Apasalahnya bawak sekali anak yang dah masuk sekolah rendah tu ke kedai atau ke pasar,  boleh ajar anak tu pilih barang dapur. 

Kalau solat, berjemaah. Kalau makan, bersama2. Kalau sambil buat kerja rumah, sambil itu juga di ajar setiap anak melakukannya. Kalau melipat baju, disuruh anak buat bersama. Kalau mencuci kasut sekolah anak, disuruh anak ambil sebelah lagi dan diberikan 1 berus, di suruh berus bersama.

Kurang beban si ibu...
Dengan cara ini, tidak lah seorang isteri rasa segalanya tertanggung di bahunya seorang diri. Kurang sikit beban si ibu walaupun yang kurang itu hanya sebuah pinggan untuk di cuci, walaupun sehelai baju untuk dilipat. Lega hati ibu melihat anak2nya pandai menguruskan diri sendiri walaupun tidak pandai menguruskan seluruh rumah. 

Ayah hormat ibu, anak ikut hormat...
Apa salahnya kalau si ayah menegur atau meninggikan suara kepada anak2 jika ada anak2 yang tidak mendengar kata ibu atau melawan cakap si ibu. Apa salahnya si ayah bersikap tegas dalam mendidik anak2 menghormati ibu mereka. Apa salahnya jika si ayah sendiri menunjukkan kepada anak2 bahawa dia sangat menghargai dan menghormati si ibu.  Kalau ada perselisihan faham antara suami isteri, apa salahnya dibincang di dalam bilik bukan di depan anak2. Agar ia mampu dicontohi anak2. Agar anak2 juga akan menghormati ibu mereka. 

Alasan tidak mampu melakukan setiap aktiviti bersama2 dengan anak kerana anak terlalu lasak jugak tak boleh di terima. Kalau dah lasak sangat..bawak lah jumpa doktor kanak2. Ada penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) agaknye. 

Friday, 20 May 2011

Ibu zaman sekarang dan ibu zaman nenek kita dulu... (Panjang post ni. Kalau ada yang larat baca sampai habis, memang bagus lah korang)

Terbaca beberapa note yang di post oleh rakan2 di FB tentang suami dan isteri/ibu dan bapa. Kebanyakannya tentang si isteri yang berhempas pulas menguruskan rumahtangga hingga ke akhir nyawa tetapi tidak di endahkan suami atau si suami yang bersungguh2 menjalankan tanggungjawab sebagai suami serta ayah tetapi tidak dihargai isteri. Segala post2 itu menyebabkan saya rasa nak tulis sesuatu tentang situasi institusi kekeluargaan zaman sekarang. Walaupun saya belum berkahwin, tapi rata2 rakan2 saya sudah pun berkahwin dan saya juga sering mendengar luahan hati rakan2 tentang masalah yang dialami dengan ibu bapa mereka. 

Ibu zaman sekarang...

Ada yang jadi suri rumah sepenuh masa dan ada yang berkerjaya. Memang tabik habis kat ibu2 yang bekerja tetapi masih tidak lupa atau tidak pernah malas mendidik anak2 solat, mengaji, menguruskan diri, dan juga tidak malas memasak setiap hari, mengemas rumah setiap hari, semak kerja sekolah anak2, teman anak2 membaca dan bermain.... susah nak jumpa ibu yang macam ni zaman sekarang. Bila renung balik diri ni, tertanya2 mampukah saya menjadi ibu yang sehebat itu suatu hari nanti? 

Itu yang susah kita jumpa atau lihat sekarang. Yang banyak kita dengar/lihat ialah isteri/ibu modern, open minded katenye. Sekarang zaman modern katenye. Maka tak hairan kalau kita nampak remaja lingkungan umur 13-17 tahun lepak makan di kedai. Tak hairan lah jika kita lihat kanak2 seawal umur 7 tahun di cyber cafe. Semua ini berlaku kerana zaman ini zaman duit. Tanpa duit maka tak ada rumah. Tak ada duit maka tak ada baju cantik. Tak ada duit, tak ada lah kereta. Ramai ibu yang sibuk bekerja, nak membantu suami cari duit. Bila balik rumah, nak rehat. Tak larat nak masak atau nak tengok pelajaran anak2. 

"Eh, penatlah! Esok2 je lah cek buku diorang." "Tggu lah sabtu ahad nanti baru bawak diorang bejalan ke, pegi makan ke." "Alah...tak de mase lah nak ajar diorang buat kerja rumah. Dah besar nanti pandai lah diorang tu."  Biasa dah dengar ayat macam ni. Lagi2 kalau yang ada anak lelaki. Ni ayatnye... "Anak lelaki tak reti cuci pinggan/kemas rumah tak pe. Diorang lelaki. Tak payah risau sangat diorang keluar ke mane."

Ibu zaman nenek2 kita...

Jauh bezanya dengan ibu2 zaman dulu. Cuba tanya nenek2 kita, ada ke diorang buat macam tu. Saya tak tahu kisah nenek2 orang lain macam mana. Tapi ini kisah nenek saya yang memang suka bercerita tentang kehidupannya dulu2 lebih2 lagi bila dia tengah selongkar barang lama2 dia. Melalui cerita dia dapatlah kita gambarkan sedikit tentang kehidupan seorang ibu masa negara kita baru mencapai kemerdekaan. 

Penat mencari duit...
Masa muda dia sibuk di habiskan dengan mencuci baju dari rumah ke rumah setiap hari. Tak kira rumah melayu ke, cina ke, india ke... dari pagi sampai ke petang katenye. Ingat...zaman dulu tak ada mesin basuh tau! Kena basuh guna tangan. Maka setiap hari dia akan ketuk pintu rumah orang, tanya ada baju nak di cuci ke tak. Kalau sehari tu tak ada baju nak di cuci, dia akan mencari duit dengan menjual pinggan mangkuk pulak. Isnin - Ahad dia bekerja. Penat tak penat? Kalau kita di tempat dia, balik rumah mesti dah terbongkakng tido. 

Menjaga anak...
Nenek saya tak pernah ceritakan secara terperinci bagaimana dia asuh ibu saya. Tapi kadang2 ada jugak dengar dia bercerita sikit2 tentang ibu saya semsa zaman remajanya. Kalau kita dengar tentang rutin kerja dia mencari duit setiap hari mesti kita akan kata dia tak ada masa nak uruskan anak2. Kata nenek saya, masa ibu saya masih bersekolah, ke mana sahaja ibu saya pergi nenek saya akan temankan. Tak boleh pegi sorang2 sebab anak perempuan mesti ibu bapa ikut ke mana sahaja sehingga lah dia berumah tangga. Sampai keluar dengan kawan2 pun nenek saya ikut walau pun dia akan jalan jauh2 sikit dari ibu saya. 

Pelajaran anak...
Lagi... nenek saya ada tunjukkan beberapa kertas graf yang besar2 gabak. Katenye itu lah kerja sekolah ibu saya yang nenek saya simpan. Setiap kerja sekolah dan buku2 sekolah ibu saya memang nenek saya pastikan tersusun dan lengkap walaupun nenek saya tak tahu baca dan tak dapat nak cek kerja sekolah dah siap ke belum. Janji dapat pastikan semua buku ada pun jadilah. 

Ibu saya pandai memasak, lipat baju dan buat semua kerja rumah. Menjahit pun pandai. Tapi dia tak pernah masuk kelas memasak pun setahu saya. Kalau lihat rutin nenek saya setiap hari semasa muda dia, terfikir ada masa ke nak ajar ibu saya memasak? 

Didik buat kerja2 rumah...
Nenek saya pun tak pernah cerita macam mana dia ajar ibu saya menguruskan rumah. Tapi saya masih ingat masa saya kecik2 dulu, setaip kali nenek saya menyapu rumah atau memasak atau lipat baju, dia akan panggil salah seorang cucunya. Dia suruh tengok macam mana dia menyapu, macam mana dia masak, macam mana pegang penyapu, macam mana pegang pisau, macam mana basuh beras. Kali pertama nenek saya ajar saya basuh beras masa tu umur saya 7 tahun. Tangan ni masa tu ngam2 je dapat pulas tombol pipe kat sink. Kene jingkit kaki nak cuci beras. Jadi dari situ kita tahu macam mana dia cari masa mendidik ibu saya membuat kerja2 rumah. Sambil dia buat kerja, sambil tu dia ajar. Umur saya 9 tahun saya dah pandai masak nasi goreng tau. Nenek saya ajar saya setia hari lepas balik sekolah.

Anak lelaki... 
Itu anak perempuannya. Kalau anak lelakinya pula macam mana? Tak banyak yang dia ceritakan tentang anak lelakinya. Yang dia ceritakan ialah anak2 lelakinya belajar tak pandai. Jadi tak habis sekolah. Masa tu dia susah. Jadi kalau belajar tak pandai2, berenti aje dan ke mana arwah atuk saya pergi bekerja bertukang di rumah orang, anak2 lelaki ikut sekali. Ke mana sahja arwah atuk pergi, anak2 lelakinya di bawak jugak. Kate nenek saya, anak lelakinye lah yang bantu dia cari duit untuk sekolahkan ibu saya. Pak cik saya juga tolong nenek dan arwah atuk saya buat kerja rumah jugak. "Anak wan tak rami. 4 aje yang ade. Yang pertama dah kawin muda2 lagi. Tinggal lah 3 aje yg tolong wan dgn atuk ko. Mane boleh buat semua sendiri." Gitu katenye...

Malam tak boleh keluar...
Kalau malam tak boleh keluar rumah baik anak lelaki atau anak perempuan. Kecuali kalau ada hal2 penting yang melibatkan tugas seorang lelaki. Ingat lagi ayat nenek saya masa dia meluahkan kerisauannya tentang adik lelaki saya yang selalu balik lewat malam. Katenye, "buat ape keluar balik lewat malam kalau tak ade hal? Jangan buang mase! Ini kat rumah ni mesti ade lelaki yang jage. Kan ada org perempuan dalam rumah. Kena lah orang lelaki jaga. Malam2 setan banyak. Kalau keluar tak ade tujuan yang peting nanti diganggu setan. Setan suka hasut buat bende yg bukan2."

So, dari situ dah tahu macam mana dia membesarkan anak2nya. Dalam susah payah dia dan suami bekerja setiap hari. Sakit2 badan kalau saya yang kene cuci baju guna tangan dari pagi sampai petang. Nak jalan dari rumah ke rumah pulak tu. Mampu kah kita menjalankan tanggungjawab di rumah lepas balik dari kerja dalam keadaan badan dah sakit2 macam tu? Kalau orang zaman nenek2 kita boleh, kenapa tidak kita ye? Kenapa zaman sekarang ramai ibu2 yang bekerja tidak boleh? Kita bekerja di office. Otak letih badan pun letih. Nenek kita bekerja guna tulang empat kerat. Jalan kaki jauh2 lagi. Sama jugak, badan penat otak pun penat fikir tentang duit.  

Senag sahaja jawapannya. Zaman dulu tak banyak hiburan. Jadi kurang masa bermalas-malasan. Otak pun tak de fikir nak happy2 dan enjoy je. Tapi kita ni...hiburan 24 jam. Pengaruh untuk hidup bersenag-lenang tu banyak sangat. Asyik fikir bila lah kita boleh rehat2 tengok TV kat rumah. Bila lah kita boleh happy2 keluar jalan2 atau shopping. Bila lah nak kaya ni. Sampaikan ramai yang lupa... tugas mendidik dan mengasuh anak itu dari dalam kandungan lagi sehingga mereka berumahtangga (yang perempuan) atau sehingga mereka cukup dewasa dan mampu berdikari sendiri (bagi yang lelaki).

Gila panjang post yang ni. Cukup lah dulu. Nanti saya sambung lagi tentang Ayah pulak.


Owh....mampukah saya menjadi ibu yang gagah suatu hari nanti? Belum kahwin lagi dah asyik merungut tentang hidup ni. Banyak perkara perlu diubah nampaknya. 

Tuesday, 17 May 2011

Jiwa kacau...malasssss!!!!

Tak tahu lah ape kes minggu ni mood asyik down je. Sampai malas nak jumpa kawan2 dan malas nak makan. Memang boleh rasa berat badan makin turun. dah 40kg je agaknye sekarang. Tulang2 ni pun asyik sakit2 je. Selera makan memang out gila. Owh..malas! malas! malas! Nak buat ape pun malas!  

Kawan tanya "kau kenapa?" Jawapannya..."entah. malas nak cakap" Bf tanye "kenape tak makan?" Jawab saya..."entah tak tahu nak makan ape." Bf cakap "makan lah ape2" Jawab saya "tak tahu nak makan ape" Bf cakap lagi "makan lah mee ke, nasi goreng ke. Jangan lah tak makan" Jawab saya..."tak tahu nak makan ape. Tak tahu! Tak tahu!"

Malas nak fikir. Malassssssssss!!!!!!!!!!

Saturday, 7 May 2011

Weekend hari bekerja

Di Sabtu yang indah saya berada di office. Office mate saya si Naa Nicky kate orang TM dah ada kat bawah office nak pasang Unifi. Yeeeeeaaahhhhaaaaa!!! Lepas ni kalau dok kat office sampai pagi buta pun tak pe. Boleh online. Selalunya pukul 10 je dah tak dapat on9 sebab kedai bawah dah tutup dan dia tutup wireless dia sekali. Kedekut! 

Last week kerja agak enjoy sebab client pun baik2 belaka. Minggu lepas pagi2 lagi dah gerak ke rumah client kat Ampang, follow cameraman shoot majlis nikah. Naa Nicky pun join cameraman tunjuk skill shoot setelah sekian lame dia tak pegang camera. Untung klien ni. Request 1 videographer je mase nikah tapi dapat 2. 

Lepas tu pukul 12.30 terus ke De Palma Hotel. Nak elak jam punya pasal, dengan iMac sekali di angkut ke De Palma. Member buat editing kat situ je. Tak payah ulang-alik ke office. Saya dgn Naa Nicky bantai tido. Tapi saya paling lame tido kot. Pukul 3 bangun dan melepakkan diri di belakang editor sambil blurr tak tau ape nak komen kat video yang telah di edit tu. 1st time client mintak buat video montaj mood laju dan tunjuk muka orang je. Pukul 4 ptg saya dan Naa Nicky ke Ball Room sebab nak test cable live feed. Sampai pukul 6 baru settle hal cable. Gi makan pukul 6... pukul 8 bermula lah tugas sebenar hingga pukul 10.30 dan lepas tu chow ke pelita ampang lepak sampai pukul 12 mlm. 

Naa Nicky test skill yang dah lame tak ditunjukkan

Boss...belikan lah kami Mac Book. 
Lain kali tak payahlah kami bawa iMac yg besar gedabak ni lagi.

Naa Nicky kali pertama direct live feed tanpa boss di sisi.

Ape yang menyeronokkan ialah...kitorang gelak je dari pagi sampai malam. Tak tau lah kenape minggu lepas memang gelak memanjang. Walaupun keje penat dan sedikit rumit sebab boss tak de, tapi memang gelak aje. Tambah2 plak mak cik2 klien asyik buat lawak dari pagi.


>>Boss pernah ajar saya tentang kamera. Boss ajar dua 2 perkara je. 1: Zoom in dan Zoom out. 2: Focus in dan Focus out. Thank you boss. Hehehe....

Monday, 2 May 2011

What make children listen, obey and sacrifice to outsiders rather than their own parents?

  • when they spend more time in front of TV/games rather than helping their parents at home
  • when they spend more time talking to friends and chatting on internet rather than chatting with parents at home
  • when they share all their happiness, sadness and difficulties with friends/lover more than sharing it with parents.
  • when the parents think it is okay to break promise and whisper in heart "sooner or later he/she will forget about this"
  • when the parents think kids know nothing about life and did not teach them about it.
  • when the parents think "it is okay for the kids to hang out with friends every weekend. at least they don't feel bored at home because i'm too busy to take them out."
  • when the people who always listen to the kids and answer all their question is their friends/lover more than their parents
  • when the parents said "i have no time to teach them how to manage themselves."
  • when the parents said "i do not have time to teach them self-reliant in the right way"  
  • when parents always doing something for the child or make decisions for the future of child without discussing it with them first by assuming children do not know what is best for themselves.  
At the end the child grow up and say "i trust my friends/lover more than my parents."