Thursday 30 June 2011

Baru saya perasan........ Hihihihi...

Bila di geledah balik semua entry dalam blog ni, baru saya perasan yang semua entry saya macam skema gila ala2 budak tulis karangan kat sekolah. Kihkihkihkih.... Aissshhh!!! Tak tau lah macam mana nak ubah.  Bedallll aja lah!!!! ;P

Ayahnya Seorang Penagih; mampukah kita setabah dia?

Kalau ayah anda seorang penagih dadah, adakah anda akan menghormati dia lagi? Kalau ayah anda selalu pukul ibu anda, adakah anada kan mengambil tahu hal ayah anda lagi? Kalau ayah anda selalu gagal menjalankan tugasnya sebagai ayah, adakah anda mahu menjaganya saat dia sedang sakit? Pasti marah dan benci yang akan meluap2 dalam hati kan...?

Kisah Benar Seorang Sahabat:

Saya ada seorang kawan yang saya kenal sejak berusia 11 tahun. Dia berasal dari keluarga yang sangat daif. Hidupnya keluarganya banyak menumpang dan mengharapkan ihsan saudara-mara. Dari umur 11 tahun dia diambil dari kampung halamannya dan dijaga arwah pak ciknya. Yang menyedihkan, mak ciknya yg bekerja sebagai guru sekolah menengah ambil kesempatan pula. Dia disuruh menjaga adik sepupunya yang masih kecil2 lagi. Saya masih ingat lagi ada suatu hari kasut sekolahnya sudah tak boleh pakai. Dia tengok kasut sekolah saya dan dia tanya berapa harganya sebab cantik. Saya kata RM30. Dia kata mahal. Katanya mak ciknya hanya bagi RM 17 untuk dia beli kasut baru. Dan dia tak tahu kat mana nak beli kasut dengan harga RM 17. Saya kata mak cik dia kedekut. Tapi dia kata dia sedar dia hidup menumpang dan dia bersyukur Pak cik dan Mak cik nya sudi sekolahkan dia. 

Macam2 rintangan dia sepanjang tinggal di rumah pak ciknya itu. Nak buat kerja sekolah di rumah pun susah. Ada aje kerja yang mak ciknya suruh buat dari buat susu anak, mandikan, suapkan makan, kemas rumah dan macam2 lagi. Jadi saya selalu temankan dia siapkan kerja sekolah kat sekolah. Dah habis baru balik. 

Bila umur dia 15 tahun, seluruh keluarganya ikut berpindah ke KL. Mak ciknya dapat kuarters guru. Jadi rumah lama disewakan kepada keluarganya. Ingatkan berubah lah nasib dia bila dah duduk dengan keluarga sendiri, sama juga nampaknya. Ayahnya rupa2nya seorang penagih dadah. Emaknya yang bersusah payah menyara keluarga. Memang makan penumbuk aje emaknya. Banyak kali nak bercerai, tapi tak jadi. Kawan saya ni makin benci dengan ayahnya. Akhirnya ibu bapanya bercerai. Tapi masih aje ayahnya datang minta duit dari ibu nya. 

Suatu hari ayahnya ditangkap kerana positif dadah dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan. Dia sangat marah bila dapat tahu ibunya selalu menjenguk ayahnya di penjara dan ibunya telah menggadaikan sebidang tanah dikampung untuk membebaskan ayahnya. Banyak kali dia di pujuk supaya pergi menjenguk ayahnya, tapi dia tak nak. Sampai lah suatu hari dia tergerak hati nak berjumpa kauselor di sekolah. Tak tahu lah apa yang kaunselor dah nasihatkan dia, akhirnya dia pergi jugak jenguk ayahnya.

Saya tanya kenapa dia jenguk ayah dia. Katanya... kalau ayahnya gagal menjalankan tugas sebagai ayah, itu biar tuhan yang balas. Tapi dia sebagai anak, tanggungjawabnya sebagai anak tak akan putus selagi dia masih hidup dan dia tida ada hak untuk menghukum ayahnya. 

Sejak dari itu, dia sentiasa menjaga kebajikan ayahnya walaupun tidak sepenuhnya bagi mengelakkan ayahnya mengambil kesempatan di atas keperihatinan dia kerana dia masih ada adik2 yang perlu ditanggung. Adik-beradiknya 6 orang. Ibunya ketika itu bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dengan sikap ayahnya yang tak putus2 datang mintak duit dari ibunya. Memang tak cukup gaji ibunya nak sara semuanya. Jadi dia bekerja part-time untuk membantu menyara adik2nya. 

Ayahnya sering sakit2 sejak keluar dari penjara gara2 masih tak berhenti menagih dadah. Setiap kali dia dapat berita ayahnya sakit, dia akan cuba sediakan makan minum ayahnya. Atau sekurang2nya dia akan melawat ayahnya di hospital. Selepas dia habis sekolah, ayahnya berpindah semula duduk di kampung dan dijaga mak ciknya dikampung kerana tahap kesihatan ayahnya sudah tidak mengizinkan ayahnya bekerja lagi. Jantung dan buah pinggangnya rosak teruk. Maka dalam setahun adalah 3,4 kali dia balik kampungnya di Kelantan selama seminggu untuk menjenguk ayahnya. Sehinggalah ayahnya menghembuskan nafas terakhir 3 tahun yang lalu. Dia call saya mengangis tak dapat bersama ayahnya ketika nafas terakhir. Beberapa minggu sebelum tu ada jugak dia sekeluarga balik menjenguk ayahnya di kampung selama dua minggu. 

Saya kira kawan saya ni seorang yang tabah. Kebanyakkan anak2 bila ada masalah sikit dengan ibu atau ayah, terus nak membentak2. Lupa terus segala jasa ibu bapa kita. Belum lagi kena abai macam kawan saya ni, lagi teruk. Tauladan untuk kita semua. Semoga lepas ni kita tak cepat membenci ibu bapa kita dan yang penting tak mengabaikan tanggungjawab kita terhadap mereka. 

Sekarang kawan saya terpaksa berdepan dengan kerenah ibunya pulak yang dah tahu gaji masing2 kecik tapi tetap nak macam2 benda. Dia jugak lah yang terpaksa menanggung semuanya sampai tak cukup gaji. Nasib baik dapat suami penyabar. semoga dia terus tabah, dan semoga Allah s.w.t kurniaan hidupnya dengan ketenangan dan kebahagiaan.

Nana says.... Setiap kali saya ada masalah dengan ibu bapa saya, saya selalu teringat kisah kawan saya ni. Kalau dia yang dilanda masalah besar masih boleh mentaati ibu bapanya, apalah setakat masalah kecik saya tu sedangkan makan minum dan keperluan asas saya masih terjaga dan saya tak perlu bekerja masa sekolah dulu untuk menyara keluarga saya. Saya patut lebih bersyukur.

Tuesday 28 June 2011

Membantu kanak-kanak yang sangat lembap & pemalas buat home work!

Pernah tak berhadapan dengan kanak-kanak yang sangat serba-serbi lembab? Atau mungkin ada yang mempunyai anak yang lembab? Maksud saya lembab dalam pelajaran, lembab pergerakan dan lembab macam2 lagi lah. Kalau berjalan tu slow aje. Bila buat home work, nak tulis/salin sebaris ayat yang pendek pun sampai 10 minit. Mesti bengang je bila berdepan dengan kanak-kanak yang macam ni. Kadang2 tu mesti sampai ke tahap malas nak hadap dia buat kerja sekolah. Siap atau tak...lantak dia lah kena marah dengan cikgu dia. 

Nak cerita sikit, adik saya yang bongsu, umur 7 tahun, macam tu lah perangainya. Kalau bab main, bukan main lincah. Kalau suruh makan, sesuap nasi 5 minit dia kunyah. Kalau buat home work, satu perkataan sampai 5 minit. satu soalan matematik mau 30 minit baru tulis jawapan. Kalau tak di tengok kerja sekolah dia, alamatnya tak siap atau dia pakai tulis je jawapan. Kadang2 soalan yang senang macam 2+2 pun dia malas nak kira, jadi dia tulis je ape2 nombor. Dan dia memang sangat lembab dalam pelajaran. Benda yang sama, di ajar berulang kali pun masih dia tak tau buat. Bila dah tahu buat, cepat pula dia lupa. Haisshh...kadang2 semua orang kat rumah naik angin dengan perangai dia.

Tapi hari ahad yang lepas saya tengok dia tak lekang pulak pegang buku matematik dia. Rupa2nya cikgu dia suruh habiskan satu buku latihan tu dalam masa seminggu. Oleh kerana adik saya ni memang pemalas, dah hari Sabtu baru nak mula buat. Itu pun banyak menung dan baring. Buku tu ada 124 muka. Masa tu tak silap saya ada lagi lebih kurang 30 muka dia belum buat. 

Oleh kerana saya kesian tengok dia, saya pun duduk lah sebelah dia tengokkan kerja sekolah dia. Terkejut saya tengok semua jawapan dia hentam saja. Yang kena warna ikut warna2 tertentu pulak dia hitamkan aja semua guna pensel. Saya pun suruh dia padam balik (yang mana saya nampak je lah. yang belakang2 saya tak cek sebab masa tu pun ada lagi lebih 20 muka dia belum buat) Adik saya ni sensitif orangnya. Kalau tinggi suara sikit nanti mula nangis. Contohnya kalau cakap "cepat tulis! jangan menung2!" alamatnya mula lah nangis dan tak siap lah kerja sekolah. 

Saya pun cakap lah lemah lembut dengan dia. "Adik.....ada pensil warna tak....?" Dia jawab "Ada." Saya kata..."kalau ada pegi ambik." (dengan sangat lembah lembut dan muka senyum walau dalam hati menyirap tengok hasil kerja dia). Kemudian saya ajarkan dia macam mana nak jawab soalan tu dan saya tolong jawabkan satu sebagai contoh untuk dia ikut buat. Dia pun ikut. Tapi lepas satu soalan, dia berhenti dan menung tengok abang dia main. Sekali lagi saya ajar dia buat soalan seterusnya, dan kemudian dia menung lagi. Aissshhhh...dalam hati saya memang berapi je mase tu. Tapi tak boleh marah. Nanti lansung tak siap. 

Kemudian saya ajar lagi dan bila dia siap buat satu soalan, saya cakap pada dia..."ha...betul pun. kan boleh buat tu. macam tu la bagus." dan saya ajar lagi. Bila siap lagi satu saya cakap pula..."ha...pandai pun." Saya tengok dia  tak menung dah walaupun dia megira sangat lembap dan saya terpaksa ajar dia macam mana nak tulis bentuk lazim matematik berulang2 kali. 

Maka saya teruskan dengan puji2an bila dia siap buat setiap satu soalan. Saya pelbagaikan juga teknik mengira. Guna jari, guna otak, guna palang2 kat kertas. Wah, ternyata memang berkesan! Dari pukul 4.30 ptg sampai 7 malam dia berjaya siapkan lebih 15 muka surat dengan jawapan yang betul. Itu lebih baik daripada 1 muka surat 1 jam dengan jawapan yang salah semua. 

Baru saya tahu rupa2nya dia perlukan sokongan yang berterusan supaya dia tak malas buat kerja dan perlukan intonasi suara yang lembut dan teknik mencari jawapan yang pelbagai supaya dia tidak bosan. Tapi saya tak ada lah menghadap dia sepanjang masa tu. Sambil2 tu saya buat kerja rumah dan makan. Kalau di hadap aje takut nanti dia malas fikir sendiri pulak. Sekali-sekala saya datang cek dan setiap jawapan yang betul saya puji lagi. Saya tengok dia makin seronok bila dipuji. 

Nana says.... Oleh itu kepada sesiapa yang ada anak2 atau adik2 yang lembab dan malas macam ni, mungkin sedikit pujian dan kata2 yang lembut boleh membantu walaupun tak 100%. Saya yakin kalau berturusan diberi sokongan dan pujian, pasti dia akan lebih bersemangat dan tak malas lagi. Terus-terang saya katakan, memang kena banyak bersabar dan yang pastinya nak mengubah sikap kanak2 memakan masa lebih dari sehari. Mungkin seminggu, mungkin juga sebulan. Yang penting ialah usaha kita yang berterusan. Lebih baik ubah sikap mereka sekarang daripada tunggu dah besar baru nak ubah. Lagi liat dan lagi sakit hati jadinya. 

Bila kita di atas, masih ingatkah kepada yang di bawah? (Senarai rumah anak2 yatim)

Bila kita berada di bawah, bila kita dalam keadaan susah, kita akan kata... "kalau suatu hari nanti aku ada duit, aku akan dermakan sebanyak yang mampu. Aku takkan lokek nak membantu orang lain yang hidup susah. Orang miskin, anak yatim semua aku nak tolong sebab harta yang tuhan bagi bukan untuk aku kaya sorang2."

Tapi bila kita dah ada duit, masih ingatkah kita dengan semua tu? Atau kita akan lebih berfikir tentang rumah besar dan kereta mewah? Lebih mementingkan rancangan melancong keluar negara? Lebih banyak menghabiskan duit untuk memberi kemewahan sebanyak mungkin kepada ahli keluarga? Sedangkan bersederhana itu lebih baik? Sedangkan ramai lagi yang sedang hidup dalam serba kekurangan.

Saya jumpa satu note ini di facebook. Saya kira ini satu usaha yang mulia bagi mengigatkan orang lain supaya tidak lupa kepada golongan2 yang masih memerlukan bantuan dari sudut kewangan dan keperluan harian. Dalam masa yang sama menggalakkan lagi orang ramai untuk menderma. Seorang wanita telah menyenaraikan nama2 rumah anak yatim untuk kemudahan orang ramai menghulurkan bantuan. Page wanita itu private. So tak dapatlah saya nak kasi link dia kat sini sebab kalau ada link pun tetap tak boleh baca. Saya dapat pun sebab wanita itu kawan kepada kawan saya. Tapi saya dah copy paste nama2 rumah anak yatim yang disenaraikan itu siap dengan contact detail di bawah nanti.

Kata wanita itu kalau nak derma barang keperluan selok2nya call dulu dan tanya apa yang mereka perlukan lagi untuk mengelakkan terlalu banyak derma kerperluan yang sama sampai tak cukup tempat nak simpan, sedangkan masih banyak keperluan lain yang tak terbela.  

Saya copy paste dalam entry saya kali ni bukan untuk share kepada orang lain sahaja, tapi saya berharap dengan adanya entry ini di sini ia mampu menjadi reminder kepada saya suatu hari nanti apabila saya dilimpahi kemewahan.

Nana says.... Semoga kita semua dijauhkan dari sifat kedekut, berkira dan tamak.

Di bawah adalah senarai nama rumah anak yatim yang terdapat dalam post wanita tersebut:

Sunday 26 June 2011

Meh Baca kiSah saya Masa kat sekolah dulu. Kelas Pandai dan kurang Pandai

Pagi ni rasa sangat rajin dan lapang dada nak blogging walaupun masalah yang melanda hari ni memang BESAR PUNYA...gara2 mulut sendiri yang macam !@#$%^&*. Bila dah rajin, blog semua orang pun nak diredah dan terasa pulak nak share sikit cite pasal zaman sekolah. 

Seingat saya lah, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, tak pernah jadi pelajar yang baik. Belajar pun kadang2 rajin, kadang2 malas. Kalau tahun ni dapat good result, tahun lagi satu mesti dapat result teruk. dan berganti2 lah setiap tahun macam tu. Kira bila dah dapat result teruk tu masuk kelas bodoh sikit lah. Pastu baru ade semangat nak blaja balik elok2 sebab dalam kelas tu tak ramai yang pandai. Bangga sikit lah dapat jadi antara yang terpandai dalam kelas. Hahaha...boleh gitu?!!! The next year dapat masuk kelas budak2 pandai balik, tapi tak berjaya nak menyesuaikan diri pulak dengan budak2 pandai. Maka jadi lah malas belajar balik dan masuk kelas belakang lagi. Cikgu2 pun jadi tak tau nak puji ke tak. Setiap tahun bersilih ganti masuk kelas pandai dengan kurang pnadai.

Bab buat kerja sekolah memang liat gila. Memang cikgu2 yang ngajar kelas pandai meluat gila sampai kena sepak sebab tak buat kerja sekolah. Tapi bila masuk kelas tak pandai rasa macam best je nak buat home work. Sebab buat ramai2 dengan kawan2 dalam kelas. Bincang kerja sekolah sama2. Bila tak tahu jawapan, sama2 cari jawapan. Bila cikgu nak collect home work, sama2 gelabah sebab ada soalan yang tak siap lagi. Beza betul dengan dok dalam kelas pandai. Kerja sekolah buat sendiri2. Tak tahu, jangan buang masa tanya kawan. Confirm jawapan dia "saya tak tahu. jawapan saya salah. awak tanya lah orang lain." Pastu bila ada yang tak siap home work, cikgu sebut nama dan satu kelas pandang dengan mimik muka yang......rasa macam nak sepak sorang2. Dalam hati, "pehal pandang2. Dah lah kedekut ilmu!"

Kalau kat kelas pandai, siapa yang selalu kena marah dengan cikgu confirm tak ada sape nak kawan dengan org tu dalam kelas. Saye pulak selalu datang lambat dan selalu tak siap kerja sekolah. Bila dalam kelas pulak memang senyap tak berbunyi....zzzZZZZzzz... memang tak de lah yang nak bercakap. Ingat lagi la dulu mase masuk kelas pandai, banyak kali jugak cuba nak jadi student yang baik dan cuba nak bergaul mesra dengan class mate. hmmm.... memang tak jadi ape pun. Macam bercakap dengan tunggul kayu je. Asyik di pinggirkan je. Tunggu lah bila ada cikgu puji sikit baru ramai datang kerumun. Baru ada yang nak senyum dengan kite ni. Baru ada yang nak ajak rehat sama2.

Beza bila kat kelas kurang pandai. Bab belajar dengan bab berkawan adalah dua perkara berbeza. Belajar teruk macam mane pun, kena marah dengan cikgu pun kawan2 tak akan pinggirkan. Tetap time rehat boleh rehat sama2. Tetap boleh borak2 dalam kelas. Kalau ada kawan2 tak siap kerja sekolah, siap kasi semangat suruh siapkan cepat sebelum cikgu sampai. Kalau ada soalan tak faham, memang ramai lah datang berkumpul tolong ajarkan. Ingat lagi mase darjah enam siap lumba satu kelas siapa cepat siapkan 100 soalan penjodoh bilangan. Best gile... 

Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah macam tu. Sama je situasinye. Budak yang pandai2 memang tak nak kawan dengan saye punya. Saye kawan dengan budak kelas belakang2 je. Tapi result PMR tetap cun. Stay back kat sekolah dengan kawan2 sampai petang kot tiap2 hari. Study sambil main lari2 dalam kawasan sekolah. kadang2 ikut kawan2 yang gedik nak cari bf gi Perpustakaan Negara (PN). Diorang saje nak naik bus je sebenarnya sebab nak ngorat budak sekolah lelaki. Saye tak join ngorat lah sebab saye tak reti kawan dengan budak lelaki masa tu. Tapi bila sampai kat PN memang best lepak buat home work kat sana. Serious kawan2 saye memang yang terbaek masa tu. Ingat lagi nama diorang Asma' dan Mardiani. Ini lah kawan2 yang kurang pandai tapi tak pernah putus asa study siap paksa kawan2 study sekali. Risau nanti result member tak cun. At the end, result saye tetap labih cun. hehehe...

Nana Says...
Tapi suatu hari nanti kalau saye ade anak, saye harap anak saye tak macam saye. Saya harap anak saye lebih bersemangat dan berdisiplin. Saye harap anak2 saye masuk kelas pandai tapi tak sombong, peramah, bijak menyesuaikan diri dan bijak memilih kawan yang bukan sahaja bersama2 semasa mereka di atas, tapi turut menyokong saat dia di bawah. Saya harap anak saya bukan rebellious macam saya. Dan saya harap anak saya tidak membuat dirinya dipandang rendah oleh orang lain. Kerana hakikatnya, pelajar dari kelas pandai lebih mudah diterima oleh mana2 kelompok manusia sekali pun. Tak kira samada mereka sombong atau ramah, baik atau jahat, mereka tetap lebih mudah diterima. Tak macam saya yang kurang pandai beramah mesra + kurang pandai belajar + kurang disilpin diri = No CLASS!!! Baik hati macam mana pun, orang tak heran. 

Kerana mulut yang macam puaka....

Kate orang kerana mulut badan binasa. Kate orang sebelum bercakap, fikir dulu. Kat orang kalau berkata2 tu biar bertapis kata2nya.

Tapi kalau tengah marah, jantung dup dap dup dap lajunya. Tengah emosi, fikiran tak menentu jadinya. Masa tu nak berfikir sebelum bercakap pun dah tak tentu arah fikirannya. Bila dah fikiran tak tentu arah, perkataan yang timbul dalam kepala pun bersepah2. Nak ditapis...alahai....

Hari ini tak tau lah binasa tak binasa badan ni nanti. Akibat mulut yang memang agak macam puaka lately ni. Sampai tersembul keluar perkara yang tak sepatutnya. Sampai menyimpang tutur kata. Sepanjang hidup ni, inilah rasanya kali pertama terkeluar dari mulut ni perkara2 yang membabitkan isu keluarga. Walaupun dalam hati ni tak ada niat lansung nak menghina keluarga orang. Walaupun dalam hati ni tak pernah ada rasa benci sikit pun dengan mereka. Walaupun dalam diri ini tahu mereka bukan begitu. Bak kate orang putih "I didn't mean it". Tapi yang tahu hanya diri sendiri. Yang faham hanya diri sendiri. Kepada yang mendengar dah tentu terasa hati. Samada kita benar2 memaksudkannya atau tidak, kepada yang empunya diri pasti takkan peduli untuk mengerti. 

Fuuuhhhh!!!!! Bila diingat2 balik, perkataan yang keluar dari mulut ni tadi memang sangat panasssss... Kalau tuan empunya diri tak boleh nak memaafkan, memang faham sangat2 lah. Sedangkan diri sendiri pun rasa macam tak dapat nak maafkan mulut ni. 

Itu lah kate orang tak elok marah2. Kate orang jangan diikutkan sangat hati dan emosi. Eh, macam mane ni belajar kaunseling tapi tak pandai nak mengimbangi emosi sendiri dan tak bijak merasionalkan diri! 

Nana says.... sendiri buat sendiri tanggung. Padan muka kau Nana!

Tuesday 21 June 2011

SAYUR LABU: Menjadi Isteri yang Memuliakan Suami

Sekadar nak share entry oleh Kak Idah dari blog Sayur Labu. Saya suka entry ini.

SAYUR LABU: Menjadi Isteri yang Memuliakan Suami: "Apabila seseorang wanita itu berkahwin, pastilah dia amat mengharapkan kebahagian dan kasih sayang yang berkekalan daripada suaminya. Jika..."

Bila 'minah blur' baru nak Sedar Diri....

Pernah tak anda merasakan diri anda sangat2 serba kekurangan? Pernah tak anda rasa diri anda seorang yang sangat lembap dan kurang ilmu pengetahuan + tak tahu buat kerja? tapi dalam masa yang sama ramai yang memandang anda sebagai seorang yang sangat berkebolehan dalam apa sahaja situasi dan keadaan?

Itu lah yang berlaku kepada sesetengah manusia dalam dunia ini. Pasti ramai yang akan berkata.."kalau dah org semua kata dia berkebolehan, dah tentu dia memang boleh buat mcm2 tapi dia je yg tak yakin dgn diri."

Hakikat hidup ini... ada yang berpakaian kemas, nampak macam org kaya, tapi sebenarnya berasal dari keluarga miskin sahaja. Ada yang muka nampak nerdy, cermin mata tebal bukan main, agak2 ni mesti pandai dan baik2 aje budaknya. Tapi tak sangka rupa-rupanya kaki ganja. (mcm keluar topik je nih?)

Sebenarnya, saya merasakan diri saya sangat lembap dan tak tahu buat kerja. Menyedihkan bila dah kerja baru perasan kelemahan begitu ada dalam diri ini. Patut lah org panggil 'Minah Blur'. Tak kira lah dengan siapa pun kita bekerja, bukan mudah nak berdepan dengan kelemahan diri sendiri. Sebaik2 manusia kat tempat kerja pun belum tentu ada yang boleh membantu memperbaiki kelemahan tersebut. Belum tentu ada yang rajin nak ajar macam mana nak jadi pekerja yang berkaliber. Paling2 pun yang akan kita jumpa ialah rakan sekerja yang akan hanya mampu bersimpati sebab diorang pun tak tahu mcm mana nak tolong.

Nak minta bantuan kawan2 lain, hmmmm..... semuanya anggap saya bijak. So jawapannya..."mungkin ko tak sesuai kerja kat situ. Try la kerja lain." Masalahnya bukan situasi kerja yang menjadi penghalang. Kalau dah kerja paling simple pun kita boleh tak terfikir macam mana nak buat, nak kena ada org tunjuk baru lah.... "oooooo....mcm tu rupenye!!!!" Ada masanya nak kena ada orang explain banyak2 kali baru faham dan baru lah.... "oooo senang je". Tension tak korang kalau terpaksa berdepan dengan org yang macam ni. Dah banyak kali explain baru nak faham sedangkan ianya adalah benda yang sangat mudah. 

Kata orang kalau tak tahu, bertanya lah. Tapi macam mana pula kalau diri sendiri pun tak tahu apa lagi perkara yang perlu di ambil tahu dan tak tahu apa nak tanya? Adakah org2 seperti ini patut diklasifikasikan sebagai 'sangat bodoh'? 

Tidak ada orang lain yang mampu membangunkan dan memajukan diri kita. Hanya kita sahaja yang mampu melakukannya.

Nana says.... "I'm trying to get a life!" 

Tuesday 7 June 2011

Tahniah kepada Inai Selatan Bridal! Pelamin sulung ISB berjaya berdiri dengan indahnya.

Tahniah buat Inai Selatan Bridal yang telah berjaya menyelesaikan assignment pertama mereka sejak ditubuhkan beberapa bulan yang lalu. Pemiliknya, seorang remaja perempuan bernama Kathy Saiman yang baru berusia 24 tahun. Dengan hanya berbekalkan ilmu grafik dan minat terhadap andaman, akhirnya pada awal tahun ini dia bertekad menubuhkan perniagaan butik pengantinnya sendiri. Bukan mudah bagi seorang anak muda yang tidak mempunyai pengalaman lansung dalam bidang perkahwinan ini untuk mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan. 

Kathy Saiman berusaha menarik perhatian pelanggan dan berusaha mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan hanya dengan berbekalkan profile andaman yang dimilikinya. Kathy Saiman mula menjalankan bisnens andamannya pada akhir tahun 2010. Setelah mula buat andaman, mungkin ramai pulak yang bertanya tentang baju dan pelamin. Agaknya itu yang mendorong dia menubuhkan perniagaan butik pengantin pula. Maka tahun ini muncul pula jenama Inai Selatan Bridal

Mendapatkan pelanggan untuk andaman memang mudah. Tapi bila dah masuk bab pelamin dan baju bukan mudah nak dapatkan kepercayaan pelanggan. Tak ramai orang yang berani ambil risiko menyerahkan kerja2 pelamin dan tempahan baju kepada orang yang tidak pernah ada pengalaman melakukan kerja2 tersebut.  Saya pengikut setia Fan Page Kathy Saiman di FB kerana saya minat dengan sentuhan make-up nya yg kena dengan cita rasa saya (Walaupun page tu tak banyak fan lagi).  Saya pernah di make-up oleh Kathy Saiman. Bila saya dapat tahu bahawa Inai Selatan akan menyediakan perkhidmatan pelamin juga, terus-terang saya katakan saya membayangkan pelaminnya ala kadar sahaja.  Pelamin 'asal siap'. Sebab itu lah yang biasa kita lihat pada butik2 yg baru ditubuhkan. 

Tetapi Inai Selatan Bridal Telah menunjukkan mereka mampu melakukannya dengan baik sekali. Pelamin dan baju semuanya direka mengikut kehendak pelanggan. Dan pada tarikh 4 Jun 2011, akhirnye berdiri juga sebuah pelamin yang ringkas tetapi indah seperti yang dicita2kan si pengantin perempuan. Tahniah buat  Kathy Saiman, Inai Selatan Bridal dan tahniah juga buat pasangan Nisa dan Saiful. Sangat berharap suatu hari nanti ada di antara klien DINAWEDDING yang mengambil khidmat Inai Selatan Bridal. Dapatlah muka cik KATHY SAIMAN keluar dalam video kami nanti. hihihi...

Di bawah adalah antara gambar2 hasil sentuhan Inai Selatan Bridal. sikit je lah ye saye up kat sini. Selebihnya boleh ke Fan Page Kathy Saiman di Facebook.

4 Jun 2011| Persandingan Nisa dan Saiful






Sentuhan Make-up Kathy Saiman semasa majlis penikahan Nisa & Saiful | 1 Jun 2011



Monday 6 June 2011

Ajar anak buat kerja rumah dengan DUIT???

Ingat lagi tak masa kecik2 dulu macam mana parents kita ajar kita buat kerja rumah? Macam mana kita diajar supaya bertanggungjawab menguruskan rumah? Adakah kita dibayar oleh ibu bapa jika kita melakukan semua kerja2 rumah? Pernahkah kita meminta bayaran setelah semua tugas di rumah diselesaikan? 

Kalau mengikut pengalaman saya sendiri, memang tiada bayaran dan tidak pernah minta bayaran. Cuma kalau ibu suruh pegi kedai, ibu akan upah ais krim pop 1 sebagai upah sebab berjalan di bawah panas terik. Tak pernah diupah dengan duit. Ibu dan nenek akan menjerit bising kalau malas buat kerja rumah. Lebih2 lagi nenek, sambil dia membebel sempat diselitkan dengan kata2 peringatan dan nasihat. "nanti dah besar nanti baru engko paham ape yang uwan cakap ni."...tu ayat biasa yang dia akan sebut sambil membebel+ajar cucunya buat kerja rumah dengan harapan cucu2nya ynag pemalas ni akan pentingkan kebersihan bila dah besar. 

Tapi berbeza dengan kanak2 sekarang. Kecik2 lagi dah pandai materialistik. Asyik nak duit je sampaikan ada yang akan mengmuk atau merajuk dengan ibu bapa jika tak dapat duit yang diminta. Tak kira kanak2 sekolah rendah atau seklah menengah, asyik fikir duit dan enjoy saje. Kalau suruh buat kerja rumah ada yang mintak upah sampai RM5. Sampaikan setiap kerja kat rumah mesti ada upah. Suruh tlng ambil kain baju yg dah kering pun mesti nak upah duit. Pendek kata kalau tak bagi duit maknenya satu kerja rumah pun anak takkan buat. Ada yang mencecah puluhan ringgit sebagai upah buat kerja rumah sehari. 

Anda rasa bagus ke cara macam tu? Saya kata...ada baik buruknya buat macam tu. Baiknya sebab anak2 belajar buat kerja rumah dengan cara macam tu. Buruknya, anak2 takkan ada kesedaran tentang kepentingan melakukan kerja2 rumah. Anak2 hanya tahu mereka buat kerja rumah kerana duit. Dengan cara ini juga, tanpa disedari anak2 telah diterapkan dengan sikap materialistik. Bayangkan kalau si ibu tengah sakit dan tak mampu nak buat kerja rumah, bagaimana agaknya keadaan di rumah nanti? Mampukah anak2 membantu ibu bapanya melakukan segala kerja rumah sepanjang si ibu sakit, manakala si ayah sibuk menguruskan si ibu serta kerja2 di pejabat? Saya pasti jawapannya adalah tidak. Malah anak2 yang sudah biasa di suap dengan duit biasanya tidak pernah kisah dengan setiap susah payah yang di lalui ibu bapanya. Yang mereka tahu hanya duit..duit..duit.. 


Saya menulis berdasarkan apa yang saya nampak situasi dalam beberapa buah keluarga yang saya kenal. 

Kepada yang dah kawin dan dah ada anak tu, kalau sudi share2 lah sikit cara yang anda gunakan untuk mendidik anak2 anda tentang tanggungjawab menguruskan rumah. Lebih2 lagi yang ada anak lelaki tu.


Thursday 2 June 2011

Masalah oh Masalah.... "kan best kalau..."

Masalah memang tak pernah jemu untuk singgah dalam hidup ni. Kita je yang jemu berdepan dengan masalah. Dan setiap kali kita ditimpa masalah, kita akan kata...."kan best kalau...." Ayat biasa lah tu kan. Semua orang pun pernah cakap macam tu. Tapi hakikatnya, bila kita dah dapat perkara yang kita 'kalau' kan tu belum tentu hidup kita boleh bebas dari masalah. Contohnya, bila kita ditimpa masalah kewangan kita akan kata "kan best kalau aku ada banyak duit." Tapi bila dah banyak duit, kita akan ditimpa masalah orang datang berduyun2 pulak nak pinjam duit. Bila dah bagi pinjam, tak nak pulak bayar. Bila tak bagi pinjam, kata tak nak tolong pulak. Lagi memeningkan kepala bila yang suka pinjam banyak2 tapi tak nak bayar2 tu ialah adik beradik sendiri.

Lagi contoh... masa kita sekolah2 kita tak bebas nak buat apa2. Duit kene mintak mak ayah. Nak gi mana2 pun mak ayah kawal. Masalah betulllll. Jadi kita pun berfikir..."kan best kalau aku dah kerja dan dah dewasa. boleh buat ape je yang aku nak dan boleh beli ape je yang aku suka." Hakikatnya bila dah dewasa mula bising gaji tak cukup. Ada pulak yang gaji banyak, tapi boros. Ada pulak yang merungut pasal kerja tak best. Ada yang walaupun dah dewasa tapi mak ayah masih kawal pergerakkan. Maka muncul pulak 'kalau' yang lain. hmmm... "kan best kalau gaji aku 10k pastu maka ayah aku sporting gila." Bila dah gaji 10k, hutang pulak bertimbun. Bila mak ayah dah bagi kebebasan, sikit demi sedikit mula lupa diri dan terjebak dgn yg bukan2.

Contoh paling best ialah pasal kereta. Sebelum ada kereta ramai yg cakap..."kalau ada kereta senang nak ke mana2. Pukul berapa pn tak kisah. Ke mana pun ON je Kalau mak aku suruh pegi mana pun aku boleh bawak. Tak de lah aku susah payah nak naik bus/LRT." Tapi bila dah ada kereta, mak suruh pegi kedai atau pegi pasar...ini jawapannya..."ala, mak pegi dgn abg naik motor lagi senang.pasar tu susa nak parking la. Leceh." Bila ada yang mintak tolong hantarkan ke mana2, ini jawapannya..."tak nak lah gi situ. Ko naik lah bus. Situ jalan selalu jam. Sakit kaki aku je." Nampak gaya ada kereta ke, tak de kereta ke same je. Komplen memanjang. Minyak mahal, jalan jam lah, parking susah/mahal lah, tak tau jalan lah, eh...macam2 lagi lah.

Saya pula.....baru lepas ditimpa masalah tentang rumah sewa. Dulu sewa bilik kecik dan tak rapat dgn dua lagi house mate. So boring sikit lah. Pastu sibuk nak bilk besar dan nak sangat sewa dgn org2 yang dikenali supaya tak bosan sangat bila kat rumah. Padahal rumah yang bilik kecik tu house mate nya ok tak kacau orang dan dah aman pun dok rumah tu. Last2 baru 3 bulan pindah rumah yang biliknya lebih besar, org kat rumah tu pulak buat hal. Akhirnya pindah balik ke bilik kecik di rumah lama. Kene bayar deposit lagi. Padan muka sendiri. Sape suruh tak bersyukur dengan apa yang ada. hahaha...

Manusia memang tak pernah bersyukurkan. Asyik nak lebih. Bila dah dapat lebih, nak lagi lebih dan lebih dan lebih.

Nana kata...: Apa2 pun dah selamat pindah semula ke bilik kecik tu. Tapi kesian kat akak2 kat rumah tu sebab rumah tu baru je kene rompak Ahad baru2 ni. Dah macam tongkang pecah rumah tu kene selongkar dgn perompak dan habis pintu semua kena kopak.