Monday 25 April 2011

Mencari cinta?

Ramai yang kate hidup ini kosong tanpa pasangan. Dari budak sekolah rendah hinggalah orang dewasa, ramai yang sibuk mencari cinta dan ramai yang mengeluh kerana masih solo sedangkan rakan2 disekeliling mereka sudah berpunya. 

Owh, cinta! It is difficult for me to believe that love should be sought. Mungkin ada yang kata saya berfikiran begitu kerana saya mudah mendapat cinta atau mudah disukai lelaki. Kata saya... disukai oleh seseorang atau ramai orang adalah perkara yang mudah, tetapi dicintai oleh seseorang yang benar2 boleh dipercayai dan bertanggungjawab adalah satu perkara yang hampir mustahil dalam zaman serba modern dan serba terbuka ni. Maka bagi saya...cinta bukan sahaja perlu dicari tetapi perlu dinilai. Mereka ada di sekeliling kita. Perhatikan dan nilaikan. Kalau dicari sahaja tanpa dinilai memang senang jumpa dan senang juga kecewa.

Obsesi...
Pelbagai cara yang dilakukan oleh ramai orang dalam usaha mencari cinta. Tapi sayangnya ramai yang tidak tahu tujuan bercinta. Ada juga yang tahu, tapi dek kerana terlalu obsess mencari pasangan, ramai yang akhirnya 'bedal aje' asalkan ada pasangan untuk dicintai dan tanpa berfikir samada mereka akan dicintai semula dengan sepenuh hati oleh si pasangan itu atau tidak. 

Terpengaruh...
Kenapa saya kata cinta tak perlu dicari? Kerana saya percaya ianya sentiasa ada disekeliling kita. Samada kita nampak atau tidak sahaja. Kenapa ramai yang kata 'tak ada yang sesuai'? Samada yang sesuai itu belum hadir atau kita yang terlalu cerewet dalam mencari pasangan. Ramai yang terpengaruh dengan segala drama dalam tv dan segala fairytale sehingga ada yang menetapkan ciri2 pasangan yang dimahukan. 

Tambahan pula sekarang dah banyak pulak video2 atau temubual berkaitan cinta dan semua pasangan akan sebut 'dia ada ciri2 yang saya cari selama ni'. apabila ada yang mendengarnya, maka mereka berfikir "wah, dia dapat orang yang dia impikan selama ni". Lagi2 bila yang bercakap tu dapat pasangan yang cantik/handsome/kaya... owh, perfect! 

angan-angan...
Maka ramai lah yang mula meletakkan ciri2 pasangan idaman mereka.... nak yang cantik/handsome, body mesti bla bla bla...umur mesti lingkungan bla bla bla, mesti pandai buat lawak, mesti fall in love on the first sight, mesti dah ada kereta atau keje dia mesti yang best2. Saya kata.....klakar lah orang2 yang meletakkan ciri2 begini dalam mencari pasangan. Agaknya sebab tu korang selalu frust menonggeng atau susah dapat pasangan.

Menilai pasangan...
Dalam menilai samada seseorang itu layak atau tidak menjadi psangan hidup kita, bagi saya perkara yang perlu diperhatikan ialah hubungan dia dan keluarganya, nilai2 murni yang ada pada dirinya, komitmennya terhadap kerja, kesabarannya, bagaimana dia memikul setiap tanggungjawabnya, kejujurannya dan setiap cerita yang disampaikan, disiplin dirinya dan pelbagai lagi perkara yang perlu ada dalam diri seseorang yang boleh malayakkan dia dicintai dan dijadikan pasangan hidup. Memang susah nak cari yang betul2 bagus. Tapi keserasian dan persefahaman yang akan menjadikan kita dan si dia itu bagus. Kalau dah belajar malas, cari duit pun tak committed, dengan family pun tak nak bertanggungjawab, tak ada sikap saling membantu, layakkah orang seperti ini dijadikan pasangan hidup? Mampukah dia menjadi seorang yang bertanggungjawab?

Mudahnya...
Tetapi apa yang banyak berlaku disekeliling kita sekarang ialah ramai yang mudah jatuh cinta dengan sekadar melihat paras rupa atau ayat2 romantik dan segala puji2an, padahal baru kenal tak sampai seminggu. Ada juga yang sanggup berpura2 menjadi orang yang berbeza demi mendapatkan si jantung hatinya. Tak ada duit belagak macam banyak duit. Kereta kawan cakap kereta beli sendiri. Tak suka tengok cerita cinta, sanggup jugak tengok. Tak suka mlepak, sanggup turun lepak atau sebaliknya.

Realitinya....
Realitinya kebahagiaan tidak kekal dalam kepura-puraan. Kerana bila kita banyak berpura2, maka akan banyak berlaku perselisihan apabila kepura-puraan itu gagal diteruskan setelah bercinta atau berumahtangga. Bila dah bercinta, sangguplah pulak beri segala-galanya kepada bf/gf. Berkorban dari A-Z. Kalau lelaki selalu kecewa ditinggalkan perempuan setelah duit habis kering kontang dalam bank dan hutang bertimbun. Kalau permpuan pulak menangis ditinggalkan lelaki setelah hati, body, harta dan hubungan dengan keluarga dikorbankan demi bf tercinta (ya Allah, semoga dijauhkan dari diri ini). 

Ianya berbeza...
Hakikatnya hubungan cinta sebelum berkahwin tak sama dengan hubungan orang yang dah berumahtangga. Tanggungjawabnya berbeza. Batasnya juga berbeza. Berbeza dari setiap sudut hinggakan level cinta dalam hati pun ada batasannya. Percaya tak? Tak percayakan...memanglah korang tak percaya sebab korang selalu anggap pasangan korang adalah hak milik korang dan ibarat suami/isteri korang sedangkan korang tahu ianya tidak seperti itu. 

Saya percaya...jika terlalu mudah kita jatuh cinta, mudah juga kita kecewa. Aris Ariwatan kata 'cinta tak kenal siapa. Hadir tanpa dipaksa'. Ye memang cinta hadir tanpa di paksa, tapi tak bermakna kita tak perlu berfikir dan menilai samada cinta yang hadir itu patut diterima atau ditolak/dinafikan. Kita ada akal, dan garis panduannya ada di sekeliling kita. Kecuali kalau korang memang tak serius dengan hubungan tu, so risiko frust menonggeng tu sangatlah kurangakan.

Tolong saya...pleassssseeee!!!!!
Cuma ada seperkara yang saya masih tak faham....kenapa ramai yang terlalu obsess mencari cinta di usia muda hingga terlalu mudah menerima seseorang tanpa usul periksa. Do you have any idea why? boleh komen sikit? atau share sikit dengan saya? atau ceritakan apa sahaja perkara yang pernah anda alami atau mungkin rakan anda alami setelah obsess dengan cinta atau setelah begitu mudah jatuh/menerima cinta. Mari bertukar pendapat. Mungkin ada perkara yang saya tak nampak sebelum ini.

Next post: Nenekku Dr.Love and Dr.Life: Dia dah tua kerepot dan kurang pendengaran. Jalan pun hincut2. Tapi bila bercakap tentang cinta....Superb! Impressive! Awesome! Memang Dr.Love. Pakar segala Do and Don't dalam cinta dan kehidupan.

No comments:

Post a Comment