Friday 22 April 2011

Kertas Yang Dilipat2 dan Pekerjaanku Yang Glamour


Seperti yang telah di janjikan pada post sebelum ini, inilah dia hasil karya saya yang telah di curahkan di atas helaian kertas dan kemudian dilipat2 dan disimpan untuk tatapan sendiri. Apa sahaja yang bermain dalam fikiran semuanya dicurahkan di atas kertas yang dijumpai di sekitar meja kat tempat kerja lama tu. hehehe...

kerja
Owh, bercakap tentang kerja...saya kini sudah beberapa bulan melangkah ke alam pekerjaan. Kerja yang tak selari dengan course yang saya belajar masa di uni. Videography dan photography, itulah benda yang saya hadap setiap hari. Tapi bukan saya yang pegang kamera, bukan saya yang edit video atau foto, saya cuma kakitangan pejabat sahaja. Hehe.... Tapi hakikatnya videography dan photography adalah isu atau topik yang perlu dihadap setiap hari. Inilah salah satu bidang kreatif yang mempunyai persaingan yang sangat sengit buat masa ini. Bidang yang sudah lama di Malaysia tapi baru mula mendapat perhatian media dan masyarakat di Malaysia.Terutamanya videography.

glamour
Ramai yang menganggap ini adalah satu bidang pekerjaan yang glamour dan orang yang terlibat di dalam pekerjaan seperti ini dah tentu ada banyak link dgn orang2 yang fofular dan pastinya banyak duit...termasuklah saya.

Ini adalah satu perkara yang agak menjelikkan bagi saya. Glamour? Popular? Banyak duit? Dan tambah menjelikkan bila terlalu ramai kawan2 yang cakap "nana banyak duit dowh..keje dah gempak" atau "hebat kau sekarang. tak de keje untuk aku ke?". Owh man! gile ke ape.. bukan semua orang yang terlibat dalam bidang macam ni glamour dan bergaji besar. Semuanya tetap bergantung kepada posisi serta tugas yang dipikul.

Paling tak boleh blah bila ada kawan2 yang dulunya delete saya dari FB, sekarang dah mula add saya balik dan kemudian hantar message "kau dah hebat sekarang, aku pun nak keje kat tempat kau gak", Perrrgghhh!!! Terbakar hatiku. Itu tujuan ko add aku balik wahai 'kawan'.

duit
Dan bila bercakap tentang duit, dah semua kata keje ni GEMPAK GILE, dah tentu lah ramai yang ingat saya ni banyak duit dan macam duit tu tak perlu buat bayar ape2. Macam duit gaji tu memang dapat untuk di ENJOY semata2. Semuanya macam selumber je cakap "ala nana dah banyak duit nak berkira apa lagi bab2 shopping ni. beli je lah ape kau nak" atau "nana dah kaya sekarang, apa ada hal setakat RM100, 200".

Come on lah kawan... aku bukan macam korang yang duduk dengan mak bapak dan semua benda kat rumah mak bapak tanggung atau macam korang yang ade kerja, ada gaji tapi masih mintak duit kat parents untuk bayar lesen, bayar internet, bayar duit convo, down payment kereta dll. Aku ada rumah sewa nak di bayar dan aku beli makanan dgn duit sendiri. Sekali sekala balik rumah family dah tentu nak belanja adik2 sesuatu, dan pastinya aku kena kumpul duit untuk selesaikan perkara2 lain demi membina kehidupan yang baik.

boy friend
Ada di kalang rakan2 yang tahu bahawa saya bekerja setempat dengan bf saya. Maka keluarlah statement "kau ape susah nana, makan minum kau bf kau bayar hari2. Tak cukup duit boleh mintak kat bf sebab income dia besar tiap2 bulan". Owh, berdesing telinga saya dengar. Kalau yang bercakap macam tu perempuan, dalam hati saya berkata...'kau lah permpuan yang jenis tak tahu malu tu. Hidup nak ditanggung bf je sepanjang masa'.

Sematkan lah dalam minda anda, bf bukan orang yang bertanggungjawab menyara hidup anda kerana mereka bukan suami anda. Sehingga anda menikahi mereka, barulah menjadi hak anda untuk disara oleh si suami. Dan adalah salah jika anda membelanjakan duit suami anda dengan sesuka hati dan tidak berjimat cermat, inikan pulak duit bf.

Memanglah bila makan sama2 bf bayarkan. Apa ingat satu tempat keje dengan bf so hari2 ngadap muka bf je, makan dgn bf je dan ikut bontot dia macam tak de keje lain nak buat. Takkan hari yang tak makan sama2 tu kita nak bayar guna duit kita dulu dan lepas tu claim balik dgn bf. Gila ke?!! dan takkan semua top up hp dan barang keperluan lain bf nak kena tanggung, dan takkan nak mintak duit poket kat bf  hari2 pulak. Gila!!!!

diskaun
Lagi satu perkara yang memeningkan kepala bila ada kawan2 yang mintak diskaun. OK lah korang nak diskaun, tapi ini company bukan aku yang build up guna duit mak ayah aku. Ini company orang lain yang build up dengan hasil titik peluh mereka dan keluarga mereka. Korang nak diskaun lebih/nak sponsor, kakak aku sendiri pun tak de lebih2 mintak diskaun tau!

hmmm...
Pekerjaan saya memang mencabar. Bukan mencabar sebab overloaded dengan kerja setiap hari. Bukan mencabar sebab tugasan yang berat. Tapi mencabar kerana terpaksa berdepan dengan pemikiran rakan2 tentang kerja dan bf. Walaupun bagitu, saya tetap ok dengan kerja dan gaji saya sekarang dan saya sayang bos saya. hehehehe...

Anda ada alami situasi begini berkaitan kerja? atau apa sahaja perkara yang anda tidak selesa dengan pekerjaan anda? dan bagaimana anda berdepan dengannya? cerita-cerita lah sikit dengan saya. Teringin juga nak tahu kalau ada orang lain yang alami atau berhadapan dengan perkara yang tidak disenangi dalam soal kerja. 
Jumpa lagi ;D


Antara objek yang masih ada dalam simpanan saya. Saya kutip masa balik kampung kawan dekat Pantai Baharu, Kelantan. Penghujung tahun 2003 masa tu. Sampai sekarang saya simpan dan tak tahu macam mana nak hias kulit siput ni.



No comments:

Post a Comment