Thursday 21 April 2011

What should I say? This is my first time blogging

Assalamualaikum...
Hi...

Kali pertama menulis blog, memang tak tahu apa nak kata. Kenapa orang blogging? Kenapa saya blogging? Nak berkongsi cerita, meluahkan rasa, berkongsi ilmu, bertukar pandangan, menyebarkan fakta atau auta...etc... well, that's what blogger always do and I might do the same thing too. Except for the 'auta' part...emmm...mintak dijauhkan dari blog ini.

Kertas yang di lipat...
Mase zaman sekolah dulu(kat asrama), saya suka menulis atas kertas kosong, kemudian lipat kertas tu dan simpan dalam kotak tisu. Tak ada orang tahu dalam kotak tisu tu ada kertas2 yang mengandungi segala apa yang saya fikirkan, isi hati saya, pandangan saya dan idea saya. Tak boleh tulis dalam diari, nanti kalau ada yang terjumpa mesti diorang akan curi2 baca. Hehehe... Tapi semua kertas2 tu saya dah buang lepas tamat form 5. Konon2 buang segala kisah lalu la...

Diari...
Masa di Uni, I began to write diaries. But later I realized that diary is only a place to express something that I do not want anyone else to know. Sedangkan ada banyak perkara yang berlegar dalam fikiran saya dan saya mahu kongsikannya dengan ramai orang.. and that's why I started creating this blog. Frankly, I do not know if anyone will read this blog. But I'm still hoping someone will stop by to read my words, leave comments and exchange ideas/opinion with me.

Itu je lah buat permulaan ni. Tak perlu dipanjangkan lagi kot. Nanti korang bosan pulak. Jumpa lagi di masa akan datang. Semoga saya muncul dengan perkara yang lebih berfaedah untuk dikongsikan. 


p/s: tabiat menulis atas kertas dan lipat2 terbawak2 sampai di Uni. Bosan2 mase tgh keje part-time, main tulis2 atas kertas. Nanti saya up load gambarnye ye. hehehe...
Hmmm....kosong aje blog ni buat mase ni.

No comments:

Post a Comment