Thursday 7 July 2011

Kisah Kawan Yang Terlanjur

Saye tak tahu nak kasi tajuk ape utk entry kali ni. So bedal aje tajuknya. Ianya mengenai seorang kawan saye yang terlanjur+mengandung+kawin ketika kandungan berusia 7 bulan = sekarang anaknya dah berusia 2 tahun pun.

Nasib kawan saya ni kira agak baik sebab si lelaki nak bertanggungjawab dan ajak dia kawin. Dia nak gugurkan, tapi si lelaki tu pilih utk bernikah. Saya yg call mak dia mintak datang KL utk uruskan majlis nikah tu. Semasa hari dia nikah, ramai yg datang. Saudara mara sebelah dia ada lah dalam 10 orang. Yang sebelah lelaki memang ramai. Penuh 1 rumah. Kalau org lain, tok sah harap la nak merasa mcm tu. Confirm tak de sape nak datang mase majlis nikah. 4,5 org aje lah yang kat masjid jawabnya. Tapi kebanyakan kes, mesti akan gugurkan sebab si lelaki tak nak bertanggungjawab.

Tapi kalau dah name pun terlanjur dan termengandung, dah tentu kedua2nya belum bersedia untuk ada anak dan belum cukup ilmu pengetahuan tentang tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak. Senang kata, kewangan belum kukuh dan belum bersedia jadi ibu bapa.

Akibat tak cukup duit:
Lepas nikah tu kawan saya dan suami dia duduk serumah dgn adik iparnya yg juga sudah berkahwin dan isterinya yang juga sedang mengandung 8 bulan masa tu. Mula2 lepas nikah tu memang tak ada masalah. Tapi bila dah bersalin dia dgn birasnya tiba2 tak serasi pulak. Asyik bermasam muka. Nak pindah rumah, suami pulak tak cukup duit. Akhirnya menumpang rumah org lain. 
Rumah yg ditumpang tu pulak dah ada 2 family duduk dalam rumah tu. Rumahnye kecik aje. Flat dua bilik. Bayangkan 3 family duduk dalam rumah tu, memang padat. Bila dah padat mula lah masing2 ada yg serba tak kena sebab dah tak selesa. Akhirnya pindah jugak ke rumah lain. Menyewa sendiri. 

Anak makin membesar, duit gaji suaminya pulak ngam2 je bayar sewa dan belanja bulanan yg lain. Kawan saya nak keje, tapi tak de yang boleh tlng jagakan anaknya. Nak hantar ke taska pun tak ada duit. Sekarang dua2 tertekan, maka si isteri asyik berleter dan si suami asyik tak balik. 

Akibat tak bersedia timang anak:
Sejak lepas kawin dia dan mak nya dah tak berhubung lansung. Ayahnya aje yg sms/call sekali-sekala. Berjumpa memang tak ade. Oleh kerana dia masih muda dan belum ada ilmu rumahtangga, maka dia didik anak ikut suka dia. Nak harapkan mak mertua pun susah atas sebab2 tertentu. Tak ada yang tegur dia kalau dia salah. Tak ada yang bagi nasihat atau tunjuk ajar. Akhirnya, orang lain beli paling banyak pun 2 je botol susu utk 1 bayi, dia beli sampai 5 botol. Orang lain pegi jalan2 bawak barang anak 1 bag galas je, dia bawak sampai 3 bag. Pening kepala saya kalau keluar berjalan dengan dia. 

Lagi memeningkan bila org dodoikan anak tidur dgn selawat dia dodoikan anak dgn lagu R&B. Orang lain angan2 nak pegi masjid sama2 dgn anak bila dah besar, dia angan2 nak pegi club dgn anak sama2 bila anak dah besar. Bila saya tegur, dia tak nak dengar. Al-maklum saya ni belum kawin dan belum ada anak lagi.

Ditambah lagi hidupnya dia dikelilingi orang2 muda yang berfikiran 'modern kononnya', maka makin menjadi2lah dia pun nak mendidik anak dia supaya jadi MODERN. Susah kalau dah semuanya nak dimodernkan. Boleh jadi sesat budak tu nanti.

Cerita saya ni sekadar utk renungan bersama. Kalau ada jiran2 atau saudara-mara yang terrr..terrr..terrr.. tu jangan lah dipinggirkan terus. Jenguk2 lah keadaan mereka macam mana. Lebih2 lagi si anak yang tak berdosa tu. Jenguk2 lah samada dia didik dgn baik atau tidak. Tegur2 lah kalau mak ayahnya tu mendidik cara yg salah. Lembutkan lah bicara dan tutur kata tu menegur dan menasihati mereka. Itu lebih baik daripada asyik nak mengata.

Nana says.... sekarang pukul 3.02am dan saya baru je terima sms dari kawan saya tu. Katanya suaminya tak balik2 lagi dan anaknya demam kuat. Apalah yang mampu saya buat. Saya pun tak ada kenderaan nak ke sana. Poket pun tgh kering-kontang. aaaiiissshhhh....

4 comments:

  1. cerita yg menarik...moga jadi pengajaran~~~

    ReplyDelete
  2. yup...moga buat pengajaran utk kita semua.

    ReplyDelete
  3. moga jauh dari perkara mcm ni.kdg2 walau diri rs kuat tp takut jugak terjebak sampai mcm ni.wuu wuu

    ReplyDelete