Wednesday 27 July 2011

unexpected meeting with owner of Bridal Sanctuary

Pernah dengar nama 2.Bridal Sanctuary tak? Kalau tak pernah, klik kat name tu dan cuci mata anda dgn pelamin2 rekaan BS dgn konsep kontemporari yg sangat unik. Saye mmg sangat sangat sangat sangat sangat 186x teruja dengan pelamin rekaan 2.BS dan sangat kagum dgn kreativiti mereka. 

Al-kisahnya malam semalam lepas pindahkan beberapa barang dari office lama ke office baru, saya, boss dan 2 lagi office mate pun pegi lah lepak makam2 kat restoran near by. Tiba2 kakak call dan ckp "BS sms aku kata yg diorang nampak kau dgn team kau tadi." Ok. Tadi? Saye pandang sekeliling dan saye nampak seseorang dari meja hujung kedai asyik toleh2 ke arah saye. dalam hati.... "aishhhh... dia ni ke?" Sebelum ni pernah jumpa diorang kt rumah saye masa majlis pertunangan kakak. Kakak sewa pelamin dgn BS. Tapi majlis tu bulan 12 tahun lepas. Dah agak lame dan tak cam dah muka + saye rabun sikit. Nak tegur pun segan, takut salah org. Oleh itu, hantar sms je la...."Hi guys, nana ni. Ada kt Sri Kembangan ye tadi? Nad call tanye nana kt mane sebab u all bg tahu die yg u all ade nmpk nana." dan terus diorang call....OMG!!! Betul lah diorang yg duduk kt table hujung tu. OK. Bingkas bangun, pegi kt diorang, gelak2, sengeh2 dan duduk kejap lah. Kononnye nak kejap je. Tapi......... tetibe Mr. Boss pun sibuk gak datang join kt table tu. Aaaarrrgghhhhh!!!! Mmg panjang lebar boss bercerita pasal business dalam wedding industry ni. Sampai pukul 5 pagi kat kedai makan. Boss...boss... kalau dah berborak......hmmmmm... Tapi agak seronok jugak walaupun ngantuk sebab masing2 bertukar2 cerita pasal bisnes masing2 dan masalah2 klien yg dihadapai. 

OK. Cite sikit pasal BS ni. BS baru je ditubuhkan bulan 8 tahun lepas tapi dah agak meletop jugak dek kerana rekaan pelamin yg lain dari yg lain. Kalau tak percaya boleh visit blog dia atau Page BS kt FB. Belum ada lagi saye tgk pelamin yg guna botol2 dan rak dan cermin besar dan susunan bunga yg sedikit berbeza dan...dan...dan... bnyk lagi. sila tgk sendiri. Mmg sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat 739x unik. Pelamin BS semuanya custom design dan rekaan setiap pelamin tidak akan diulang 100% sama utk klien2 lain. Kalau ada jugak klien yg nak pelamin yg sama, hiasan akan diubah sedikit. Harga pun setahu saye adalah reasonable sesuai dgn hasil kerja yg kemas dan unik tu. 

Mini Pelamin utk majlis pertunangan kak saye:
simple tapi tetap nampak exclusive

replika buah-buahan yg comel dan nmpk mcm real sampai anak2 sedara 
yg umo 3,4 tahun semua berkumpul dekat pelamin semata2 nak cuba keluarkan buah tu. 
Nangis2 bila tak dapat. Pening kepala mak masing2. 

 Image by: dinaphotography


Nana kata.... pok pek pok pek sampai pukul 5 pagi.pipi pun letih asyik sengih gelak sengih gelak. Tapi betul2  tak sangka dapat duduk semeja dgn owner BS dan borak panjang. Yang pastinya....mereka sangat friendly. Jagan lupa terjah blog BS lepas ni ye!

4 comments:

  1. nak singgah la..macam menarik jer..:)

    ReplyDelete
  2. diorang baru je pindah ke sri kembangan. Gi la singgah. mmg menarik.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. aih... jumpa jugak blog kite yg tak seberapa ni. mallluuuu.... hehehe...

      Delete