Monday 6 June 2011

Ajar anak buat kerja rumah dengan DUIT???

Ingat lagi tak masa kecik2 dulu macam mana parents kita ajar kita buat kerja rumah? Macam mana kita diajar supaya bertanggungjawab menguruskan rumah? Adakah kita dibayar oleh ibu bapa jika kita melakukan semua kerja2 rumah? Pernahkah kita meminta bayaran setelah semua tugas di rumah diselesaikan? 

Kalau mengikut pengalaman saya sendiri, memang tiada bayaran dan tidak pernah minta bayaran. Cuma kalau ibu suruh pegi kedai, ibu akan upah ais krim pop 1 sebagai upah sebab berjalan di bawah panas terik. Tak pernah diupah dengan duit. Ibu dan nenek akan menjerit bising kalau malas buat kerja rumah. Lebih2 lagi nenek, sambil dia membebel sempat diselitkan dengan kata2 peringatan dan nasihat. "nanti dah besar nanti baru engko paham ape yang uwan cakap ni."...tu ayat biasa yang dia akan sebut sambil membebel+ajar cucunya buat kerja rumah dengan harapan cucu2nya ynag pemalas ni akan pentingkan kebersihan bila dah besar. 

Tapi berbeza dengan kanak2 sekarang. Kecik2 lagi dah pandai materialistik. Asyik nak duit je sampaikan ada yang akan mengmuk atau merajuk dengan ibu bapa jika tak dapat duit yang diminta. Tak kira kanak2 sekolah rendah atau seklah menengah, asyik fikir duit dan enjoy saje. Kalau suruh buat kerja rumah ada yang mintak upah sampai RM5. Sampaikan setiap kerja kat rumah mesti ada upah. Suruh tlng ambil kain baju yg dah kering pun mesti nak upah duit. Pendek kata kalau tak bagi duit maknenya satu kerja rumah pun anak takkan buat. Ada yang mencecah puluhan ringgit sebagai upah buat kerja rumah sehari. 

Anda rasa bagus ke cara macam tu? Saya kata...ada baik buruknya buat macam tu. Baiknya sebab anak2 belajar buat kerja rumah dengan cara macam tu. Buruknya, anak2 takkan ada kesedaran tentang kepentingan melakukan kerja2 rumah. Anak2 hanya tahu mereka buat kerja rumah kerana duit. Dengan cara ini juga, tanpa disedari anak2 telah diterapkan dengan sikap materialistik. Bayangkan kalau si ibu tengah sakit dan tak mampu nak buat kerja rumah, bagaimana agaknya keadaan di rumah nanti? Mampukah anak2 membantu ibu bapanya melakukan segala kerja rumah sepanjang si ibu sakit, manakala si ayah sibuk menguruskan si ibu serta kerja2 di pejabat? Saya pasti jawapannya adalah tidak. Malah anak2 yang sudah biasa di suap dengan duit biasanya tidak pernah kisah dengan setiap susah payah yang di lalui ibu bapanya. Yang mereka tahu hanya duit..duit..duit.. 


Saya menulis berdasarkan apa yang saya nampak situasi dalam beberapa buah keluarga yang saya kenal. 

Kepada yang dah kawin dan dah ada anak tu, kalau sudi share2 lah sikit cara yang anda gunakan untuk mendidik anak2 anda tentang tanggungjawab menguruskan rumah. Lebih2 lagi yang ada anak lelaki tu.


2 comments:

  1. ada kesan buruk dan baik nya trend ajar guna duit ni. baik nya ialah biar anak tau bukan senang senang je nak dapat duit. kene bekerja guna tulang empat kerat dan berusaha dulu baru dapat duit. syaratnya kene explain kenapa kite buat cara tu..kalau tak timbul la kesan buruk bila anak fikir nak tolong ibu bapa kne ada habuan.kalau tak dpt upah, sia sia. kene didik cara yang baik la..

    hani xde anak pown lagi tapi ini berdasarkan didikan dari ibu bapa hanie je..

    ReplyDelete
  2. hmmm...itu lah. Dalam mendidik anak2 ni semua perkara mesti dijelaskan kenapa dan upah pun tak boleh lah sampai mahal2 sangat. Kalau dah sapu lantai RM5, cuci pinggan RM5, sidai baju RM5...macam dah manjekan anak dgn duit je tu.

    Tapi hati ni sangat sedih bile tgk ade anak2 yang tak nak tlg buat kerja rumah kalau tak ade upah. sanggup biar mak ayah terkontang kanting buat keje, anak lepak aje dpn tv dan depan PC. jgn kate nak tlg buat keje, nak mintak tlg ambilkan penyapu pun mintak upah jugak. OMG! Aaarrggghh....

    ReplyDelete