Thursday 30 June 2011

Ayahnya Seorang Penagih; mampukah kita setabah dia?

Kalau ayah anda seorang penagih dadah, adakah anda akan menghormati dia lagi? Kalau ayah anda selalu pukul ibu anda, adakah anada kan mengambil tahu hal ayah anda lagi? Kalau ayah anda selalu gagal menjalankan tugasnya sebagai ayah, adakah anda mahu menjaganya saat dia sedang sakit? Pasti marah dan benci yang akan meluap2 dalam hati kan...?

Kisah Benar Seorang Sahabat:

Saya ada seorang kawan yang saya kenal sejak berusia 11 tahun. Dia berasal dari keluarga yang sangat daif. Hidupnya keluarganya banyak menumpang dan mengharapkan ihsan saudara-mara. Dari umur 11 tahun dia diambil dari kampung halamannya dan dijaga arwah pak ciknya. Yang menyedihkan, mak ciknya yg bekerja sebagai guru sekolah menengah ambil kesempatan pula. Dia disuruh menjaga adik sepupunya yang masih kecil2 lagi. Saya masih ingat lagi ada suatu hari kasut sekolahnya sudah tak boleh pakai. Dia tengok kasut sekolah saya dan dia tanya berapa harganya sebab cantik. Saya kata RM30. Dia kata mahal. Katanya mak ciknya hanya bagi RM 17 untuk dia beli kasut baru. Dan dia tak tahu kat mana nak beli kasut dengan harga RM 17. Saya kata mak cik dia kedekut. Tapi dia kata dia sedar dia hidup menumpang dan dia bersyukur Pak cik dan Mak cik nya sudi sekolahkan dia. 

Macam2 rintangan dia sepanjang tinggal di rumah pak ciknya itu. Nak buat kerja sekolah di rumah pun susah. Ada aje kerja yang mak ciknya suruh buat dari buat susu anak, mandikan, suapkan makan, kemas rumah dan macam2 lagi. Jadi saya selalu temankan dia siapkan kerja sekolah kat sekolah. Dah habis baru balik. 

Bila umur dia 15 tahun, seluruh keluarganya ikut berpindah ke KL. Mak ciknya dapat kuarters guru. Jadi rumah lama disewakan kepada keluarganya. Ingatkan berubah lah nasib dia bila dah duduk dengan keluarga sendiri, sama juga nampaknya. Ayahnya rupa2nya seorang penagih dadah. Emaknya yang bersusah payah menyara keluarga. Memang makan penumbuk aje emaknya. Banyak kali nak bercerai, tapi tak jadi. Kawan saya ni makin benci dengan ayahnya. Akhirnya ibu bapanya bercerai. Tapi masih aje ayahnya datang minta duit dari ibu nya. 

Suatu hari ayahnya ditangkap kerana positif dadah dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan. Dia sangat marah bila dapat tahu ibunya selalu menjenguk ayahnya di penjara dan ibunya telah menggadaikan sebidang tanah dikampung untuk membebaskan ayahnya. Banyak kali dia di pujuk supaya pergi menjenguk ayahnya, tapi dia tak nak. Sampai lah suatu hari dia tergerak hati nak berjumpa kauselor di sekolah. Tak tahu lah apa yang kaunselor dah nasihatkan dia, akhirnya dia pergi jugak jenguk ayahnya.

Saya tanya kenapa dia jenguk ayah dia. Katanya... kalau ayahnya gagal menjalankan tugas sebagai ayah, itu biar tuhan yang balas. Tapi dia sebagai anak, tanggungjawabnya sebagai anak tak akan putus selagi dia masih hidup dan dia tida ada hak untuk menghukum ayahnya. 

Sejak dari itu, dia sentiasa menjaga kebajikan ayahnya walaupun tidak sepenuhnya bagi mengelakkan ayahnya mengambil kesempatan di atas keperihatinan dia kerana dia masih ada adik2 yang perlu ditanggung. Adik-beradiknya 6 orang. Ibunya ketika itu bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dengan sikap ayahnya yang tak putus2 datang mintak duit dari ibunya. Memang tak cukup gaji ibunya nak sara semuanya. Jadi dia bekerja part-time untuk membantu menyara adik2nya. 

Ayahnya sering sakit2 sejak keluar dari penjara gara2 masih tak berhenti menagih dadah. Setiap kali dia dapat berita ayahnya sakit, dia akan cuba sediakan makan minum ayahnya. Atau sekurang2nya dia akan melawat ayahnya di hospital. Selepas dia habis sekolah, ayahnya berpindah semula duduk di kampung dan dijaga mak ciknya dikampung kerana tahap kesihatan ayahnya sudah tidak mengizinkan ayahnya bekerja lagi. Jantung dan buah pinggangnya rosak teruk. Maka dalam setahun adalah 3,4 kali dia balik kampungnya di Kelantan selama seminggu untuk menjenguk ayahnya. Sehinggalah ayahnya menghembuskan nafas terakhir 3 tahun yang lalu. Dia call saya mengangis tak dapat bersama ayahnya ketika nafas terakhir. Beberapa minggu sebelum tu ada jugak dia sekeluarga balik menjenguk ayahnya di kampung selama dua minggu. 

Saya kira kawan saya ni seorang yang tabah. Kebanyakkan anak2 bila ada masalah sikit dengan ibu atau ayah, terus nak membentak2. Lupa terus segala jasa ibu bapa kita. Belum lagi kena abai macam kawan saya ni, lagi teruk. Tauladan untuk kita semua. Semoga lepas ni kita tak cepat membenci ibu bapa kita dan yang penting tak mengabaikan tanggungjawab kita terhadap mereka. 

Sekarang kawan saya terpaksa berdepan dengan kerenah ibunya pulak yang dah tahu gaji masing2 kecik tapi tetap nak macam2 benda. Dia jugak lah yang terpaksa menanggung semuanya sampai tak cukup gaji. Nasib baik dapat suami penyabar. semoga dia terus tabah, dan semoga Allah s.w.t kurniaan hidupnya dengan ketenangan dan kebahagiaan.

Nana says.... Setiap kali saya ada masalah dengan ibu bapa saya, saya selalu teringat kisah kawan saya ni. Kalau dia yang dilanda masalah besar masih boleh mentaati ibu bapanya, apalah setakat masalah kecik saya tu sedangkan makan minum dan keperluan asas saya masih terjaga dan saya tak perlu bekerja masa sekolah dulu untuk menyara keluarga saya. Saya patut lebih bersyukur.

4 comments:

  1. harap dia tabah hadapi semua ni.Pasti ada hikmah yang menanti dia di hari depan

    ReplyDelete
  2. Insyaallah... Dia pregnant 1 bln lebih sekarang. Semoga kehidupannya akan lebih baik lepas ni.

    ReplyDelete
  3. ayah saya pon seorang penagih dadah,saya takut nak kahwin saya takut nak bercinta, tabah nya ma saya selama ni, kami smua sayang babah die xpernah tingi suara kat kami, naik tangan lagi xpernah, die bertukang dirumah2 org, dpt gaji hari lepas la untuk die beli barang die tu, tapi keperluan keluarga smua saya yang tangung dengan 4 org lagi adik yg masih bersekolah dan baru ingin memulakan alam pekerjaan , dengan gaji saya yang hanya 1500.00
    sebulan terpaksa saya cukupkan untuk diri saya dan keluarga dikampung . jujur saya xpernah marah atau benci kat babah tapi jauh dlm hati saya rasa kecewa sangat .dengan smua dugaan ni, buat saya jadi tertanya kenapa saya kenapa kami?

    ReplyDelete