Tuesday 28 June 2011

Membantu kanak-kanak yang sangat lembap & pemalas buat home work!

Pernah tak berhadapan dengan kanak-kanak yang sangat serba-serbi lembab? Atau mungkin ada yang mempunyai anak yang lembab? Maksud saya lembab dalam pelajaran, lembab pergerakan dan lembab macam2 lagi lah. Kalau berjalan tu slow aje. Bila buat home work, nak tulis/salin sebaris ayat yang pendek pun sampai 10 minit. Mesti bengang je bila berdepan dengan kanak-kanak yang macam ni. Kadang2 tu mesti sampai ke tahap malas nak hadap dia buat kerja sekolah. Siap atau tak...lantak dia lah kena marah dengan cikgu dia. 

Nak cerita sikit, adik saya yang bongsu, umur 7 tahun, macam tu lah perangainya. Kalau bab main, bukan main lincah. Kalau suruh makan, sesuap nasi 5 minit dia kunyah. Kalau buat home work, satu perkataan sampai 5 minit. satu soalan matematik mau 30 minit baru tulis jawapan. Kalau tak di tengok kerja sekolah dia, alamatnya tak siap atau dia pakai tulis je jawapan. Kadang2 soalan yang senang macam 2+2 pun dia malas nak kira, jadi dia tulis je ape2 nombor. Dan dia memang sangat lembab dalam pelajaran. Benda yang sama, di ajar berulang kali pun masih dia tak tau buat. Bila dah tahu buat, cepat pula dia lupa. Haisshh...kadang2 semua orang kat rumah naik angin dengan perangai dia.

Tapi hari ahad yang lepas saya tengok dia tak lekang pulak pegang buku matematik dia. Rupa2nya cikgu dia suruh habiskan satu buku latihan tu dalam masa seminggu. Oleh kerana adik saya ni memang pemalas, dah hari Sabtu baru nak mula buat. Itu pun banyak menung dan baring. Buku tu ada 124 muka. Masa tu tak silap saya ada lagi lebih kurang 30 muka dia belum buat. 

Oleh kerana saya kesian tengok dia, saya pun duduk lah sebelah dia tengokkan kerja sekolah dia. Terkejut saya tengok semua jawapan dia hentam saja. Yang kena warna ikut warna2 tertentu pulak dia hitamkan aja semua guna pensel. Saya pun suruh dia padam balik (yang mana saya nampak je lah. yang belakang2 saya tak cek sebab masa tu pun ada lagi lebih 20 muka dia belum buat) Adik saya ni sensitif orangnya. Kalau tinggi suara sikit nanti mula nangis. Contohnya kalau cakap "cepat tulis! jangan menung2!" alamatnya mula lah nangis dan tak siap lah kerja sekolah. 

Saya pun cakap lah lemah lembut dengan dia. "Adik.....ada pensil warna tak....?" Dia jawab "Ada." Saya kata..."kalau ada pegi ambik." (dengan sangat lembah lembut dan muka senyum walau dalam hati menyirap tengok hasil kerja dia). Kemudian saya ajarkan dia macam mana nak jawab soalan tu dan saya tolong jawabkan satu sebagai contoh untuk dia ikut buat. Dia pun ikut. Tapi lepas satu soalan, dia berhenti dan menung tengok abang dia main. Sekali lagi saya ajar dia buat soalan seterusnya, dan kemudian dia menung lagi. Aissshhhh...dalam hati saya memang berapi je mase tu. Tapi tak boleh marah. Nanti lansung tak siap. 

Kemudian saya ajar lagi dan bila dia siap buat satu soalan, saya cakap pada dia..."ha...betul pun. kan boleh buat tu. macam tu la bagus." dan saya ajar lagi. Bila siap lagi satu saya cakap pula..."ha...pandai pun." Saya tengok dia  tak menung dah walaupun dia megira sangat lembap dan saya terpaksa ajar dia macam mana nak tulis bentuk lazim matematik berulang2 kali. 

Maka saya teruskan dengan puji2an bila dia siap buat setiap satu soalan. Saya pelbagaikan juga teknik mengira. Guna jari, guna otak, guna palang2 kat kertas. Wah, ternyata memang berkesan! Dari pukul 4.30 ptg sampai 7 malam dia berjaya siapkan lebih 15 muka surat dengan jawapan yang betul. Itu lebih baik daripada 1 muka surat 1 jam dengan jawapan yang salah semua. 

Baru saya tahu rupa2nya dia perlukan sokongan yang berterusan supaya dia tak malas buat kerja dan perlukan intonasi suara yang lembut dan teknik mencari jawapan yang pelbagai supaya dia tidak bosan. Tapi saya tak ada lah menghadap dia sepanjang masa tu. Sambil2 tu saya buat kerja rumah dan makan. Kalau di hadap aje takut nanti dia malas fikir sendiri pulak. Sekali-sekala saya datang cek dan setiap jawapan yang betul saya puji lagi. Saya tengok dia makin seronok bila dipuji. 

Nana says.... Oleh itu kepada sesiapa yang ada anak2 atau adik2 yang lembab dan malas macam ni, mungkin sedikit pujian dan kata2 yang lembut boleh membantu walaupun tak 100%. Saya yakin kalau berturusan diberi sokongan dan pujian, pasti dia akan lebih bersemangat dan tak malas lagi. Terus-terang saya katakan, memang kena banyak bersabar dan yang pastinya nak mengubah sikap kanak2 memakan masa lebih dari sehari. Mungkin seminggu, mungkin juga sebulan. Yang penting ialah usaha kita yang berterusan. Lebih baik ubah sikap mereka sekarang daripada tunggu dah besar baru nak ubah. Lagi liat dan lagi sakit hati jadinya. 

2 comments:

  1. setuju..!!

    melentur buluh biar dri rebung...bak kate mk cik jual epok2 depan skola...XD

    ReplyDelete
  2. Memang betul. Lagi2 perangai malas ni, kalau dah besar baru nak suruh buang perangai malas takut nanti makin pemalas jadinya. hehehe..

    Epok2 tu ape ye?

    ReplyDelete