Friday 12 April 2013

Anak Biadab, Mak Bapak Tunduk Diam

bila melihat anak2 yang sudah besar panjang biadab dgn ibu bapa mereka, bercakap kasar dgn gaya cakap seolah2 mereka lebih bijak dan lebih tahu segalanya. tanpa memikirkan maruah dan air muka ibu bapa mereka, secara tidak langsung perbuatan itu seolah2 menghina ibu bapa mereka dihadapan orang lain secara terang2an, malah biadab dgn orang yg bukan ahli keluarga yg berada bersama mereka ketika itu... yg menegur sikap biadab mereka. ibu bapanya pula hanya tunduk diam dan menjawab dgn penuh kelembutan dgn alasan untuk jaga hati anak supaya dia tak lebih marah. 

seingat aku dah 3,4 kali jumpa dan dgr situasi begini. ada yg berlaku depan mata dan ada yg aku dgr berlaku dikalangan saudara mara dan rakan. ada yang dgn biadab menolak pinggan berisi makanan di atas meja makan di hadapan ibu bapa. ada yang membahasakan diri kau aku sambil memarahi ibu bapanya. ada yang melemparkan pelbagai tuduhan. ada yang mengugut ibu bapa sendiri. yg paling teruk pernah aku dgr berlaku dikalangan org yang aku kenal, anaknya menikam paha ayahnya dgn garfu. langsung tak boleh ditegur kesilapan mereka, tak boleh bergurau senda sikit, tak boleh mengabaikan setiap permintaan mereka. maka berlaku lah perkara2 sadis begini. 

terdetik dalam hati ini... Ya Allah... kerasnya hati anak2 ini sehinggakan ibu bapa perlu menundukkan kepala apabila anak meninggikan suara. sehingga mengalir air mata ibu bapa ditengking anak. sombongnya dan belagaknya mereka dgn ibu bapa sendiri. adakah hanya ibu bapa yg perlu fikirkan perasaan anak2? adakah ibu bapa tak ada perasaan? ibu bapa kah yg perlu tunduk hormat kepada anak2? bukan kah sepatutnya anak2 lah yang perlu menghormati ibu bapa lebih dari ibu bapa menghormati anak2? terdetik dalam hati ni kenapa jadi begitu? 

mereka rasa mereka bijak hanya kerana ibu bapa mendiamkan diri dan membalas lembut. ada ibu bapa yg hanya senyum atau ketawa kecil bila anak biadab. sedangkan si anak tidak sedar bahawa percakapan mereka menunjukkan betapa tidak matangnya mereka, betapa kecilnya pengatahuan mereka dan betapa mereka tidak kenal ibu bapa mereka sendiri. 

Ya Allah... kalau aku ada anak suatu hari nanti, adakah anak aku pun bersikap begitu? atau mungkin lebih teruk dari tu? 

takut pulak rasanya... adakah aku akan berkahwin, kemudian melahirkan anak dan kemudian aku humban pula anak itu dalam neraka dgn sikap mereka yg bukan sahaja tak hormatkan ibu bapanya, malah tak hormat orang lain juga. adakah aku bakal menjadi ibu yang gagal mendidik anak2 kerana aku juga suatu ketika dahulu gagal menjadi anak yang baik dan masih gagal menjadi anak yang baik sehingga sekarang. Masih belum mampu membahagiakan mereka. Masih belum mampu memenuhi permintaan mereka. 

aku pernah melihat ibu bapa yang memendamkan segala susah senang mereka sendiri. Menyorokkannya dari anak2 dan mencuba sedaya upaya memberikan anak2 rasa kehidupan ala2 anak orang berada dgn alasan tidak mahu anak2 rasa kesusahan. hasilnya anak2 tidak tahu menjaga apa yg mereka miliki, malah tidak tahu menghargai apa yg diberi oleh ibu bapa dan akan membentak klu ibu bapa tak penuhi permintaan mereka. sedangkan si ibu dan ayah pening kepala fikir mana nak cari duit untuk keluarga dan utk lunaskan hutang2 bank. bukan sekali dua aku jumpa keluarga begini. sudah berkali2. 

jauh bezanya dgn anak2 yg mengerti susah payah ibu bapa mereka. mereka sentiasa bersyukur dgn apa yang ada. menjaga apa yg dimiliki. tidak meminta malah berusaha membantu. ibu bapanya berkongsi setiap suka duka kehidupan bersama anak2. banyak juga keluarga mcm ni yang aku kenal. salah satunya keluarga mak cik aku yg anak nya 9 orang. Hidup dgn apa yang ada. Tak pernah sekali pun pak cik mak cik aku tu dtg minta apa2 bantuan dgn ayah aku. tak macam sedara mara lain yang lebih berkemampuan pun ada je benda yang nak diminta. 

anak2 dia didik buat kerja rumah dari mereka kecil kerana aku lihat anak2nya sudah pandai menyiapkan makan minum untuk tetamu dari diorang kecil sampai lah sekarang masing2 dah sekolah menengah. tak perlu mak bapak diorang terjerit2 suruh itu ini. dan tak pernah sekali pun aku dgr anak2nya melawan cakap mak bapak mereka. tak pernah juga dgr mereka meminta2 walaupun barang mainan. nak kata sebab pak cik mak cik aku ni garang sangat tak jugak. aku tgk mesra je bergurau anak beranak. tapi pak cik aku mmg agak tegas orgnya. pukul tetap pukul kalau ada yg buat silap. 

tak salahkan kalau kita jadi kawan kepada anak2. berkongsi susah senang. bagi mereka rasa apa yang kita rasa. bagi mereka faham apa yg kita lalui. agar mereka sedar bahawa hidup ini bukan mudah. agar mereka tak hanyut dibuai mimpi kehidupan yg serba serbi mudah. agar mereka tidak sombong dan merasakan diri mereka anak orang senang. agar mereka lebih menghargai apa yang mereka miliki dan lebih kenal erti syukur. 

Dalam masa yang sama tak salah ibu bapa berikan keceriaan kepada anak2. jadi ibu bapa yg mesra yg sentiasa bergurau senda dgn anak2. Tetapi tidak pula mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa yang sentiasa memberikan bimbingan dan mendidik anak2 agar menjadi orang yg berguna. tegas dgn anak2 bila perlu. berlembut pada masanya. bergurau senda dan saling berkongsi suka duka. salahkah?

aku menulis bukan untuk menuding jari kepada sesiapa kerana aku sedar ianya ada juga berlaku dikalangan ahli keluarga dan saudara mara terdekat aku sendiri. aku menulis sekadar untuk pedoman diri sendiri dan org lain juga. siapa tahu mungkin ada yg boleh beri pandangan dan panduan. 


nana kata... semoga aku tak jadi anak yang sombong dgn ibu bapa aku. sesungguhnya segala resah gelisah yg mereka tanggung sepanjang membesarkan aku takkan mampu gantikan dgn sedikit pun kebahagiaan dalam hati mereka. tak mampu... sehingga sekarang yg mampu aku lakukan hanya menambahkan lagi susah hati mereka. 

2 comments:

  1. Minta dijauhkan kita dari situasi ini..

    *Followed. Do follow me back.. :)

    http://delafeesencyclopedia.blogspot.com/

    ReplyDelete