Wednesday 25 May 2011

Bulan ni ramai yang BAD MOOD

Tak jadi nak post tentang isteri yang lalai. Lain kali lah kot. Bulan May ni ramai betul yang moody. 2 minggu lepas saya asyik moody je sampai lah ke minggu lepas. Minggu ni bf pulak moody, sampai tak boleh nak buat keje jadinya dia. Kawan2 pun nampaknya ramai yang moody. Hmm...

Perkara paling teruk yang pernah saya buat masa tgh bad mood ialah diam, tak mahu jumpa siapa2, tak de selera makan (tapi mkn jugak sebab takut berat turun banyak sngt), lagi...buat org lain kecil hati atau sakit hati. Ye, bila kita dah diam, org mesti tanye kenape. Bila kita tak nak bagi tahu org mesti lah sakit hati. Tapi nak buat macam mane dah kita tgh tak de mood nak bercakap.

Bahaya tak bahaya bad mood ni ye? hmmm... memang gila kentang punya bahaya. Kalau boss bad mood, pekerja pun turut tak berape ade mood nak bekerja. Lagi2 kalau boss bad mood dan ade je benda yang dia nak marah pekerja dia. Nanti tak pasal2 pekerja pulak bad mood dan buat hal pulak kat tempat kerja.

Kalau mak atau ayah bad mood? pun same jugak. Kalau dah bad mood mesti tak kuasa nak layan anak2 kan. Kecik hati anak bila dia tanya tapi mak/ayah tak nak jawab. Atau salah kecik je, tapi tiba2 kene marah kaw2 punya. Kalau selalu sangat bad mood, nanti renggang hubungan anak dgn mak/ayah. 

Bad mood memang tak best. Sakit kepala, susah tido, hilang selera makan, orang lain pun dapat tempiasnya jugak. Tapi macam mana cara nak hilangkan bad mood atau sekurang2nya elak bad mood ni? ada cara ke?

No comments:

Post a Comment