Thursday 26 May 2011

O is for the Only One I see.... AIR MATA ku untuk MATA AIR ku.

He is the ONLY ONE I see. My Mr. AHI. Orang sedang dilamun cinta...buat ape pun terasa indah. Berharap sangat2 keindahan yang dirasakan ni kekal sampai bila2. Bukan indah masa bercinta je, lepas kawin jadi tak indah pulak. Oh, tidak! Tak nak! Persoalannya, akan kawin kah kami? Sesungguhnya cintaku yang ini memang rumit

Walaupun dia tak pernah bawak saya keluar dating berdua, saya tak kisah. Ape je yg best sangat dating berdua ni. Dapat berjumpa di office setiap hari dan dapat keluar makan sama2 sudah memadai buat masa ini. Kalau tak jumpa seminggu dua pun...SMS, YM dan phone call menjadi alat penghubung setiap hari. Walaupun dia tak kaya raya, tapi kesungguhannya dalam mencari rezeki serta kesungguhannya memikul tanggungjawab terhadap keluarganya, sungguh memikat hati ini. 

Ramai yang melihat bahawa dia bukan yang terbaik buat saya. Betul atau tidak perkara itu, hanya tuhan yang tahu. Saya sentiasa cuba merasionalkan akal fikiran ini, supaya tak hanyut dengan perasaan sendiri hingga tak nampak kebenaran yang di depan mata. 

Apa yang saya tahu kehidupan saya dan pemikiran saya semakin banyak berubah sekarang. Tak tahu adakah dia menjadi faktor kepada perubahan itu atau usia yang menybabkan ianya berlaku. Yang pastinya dialah yang banyak memberi sokongan dan galakan. "Jangan biar orang pandang rendah atau pandang hina kat awak. Tak boleh macam tu." Ayat yang selalu dia ungkapkan. Dia tak pernah suruh saya gemukkan sikit badan. Dia tak pernah suruh saya pakai make up untuk tutup cela di kulit muka. Dia cuma suruh saya jaga diri jangan sampai ada yang memperlekehkan diri ini. 

Kalau dulu saya tak banyak berfikir tentang masa depan diri sendiri. Apa nak jadi, jadi lah. Asalkan hidup dapat diteruskan. Tapi sekarang saya mula berusaha membetulkan disiplin diri dan memotivasikan diri setiap hari. Sentiasa berfikir tentang masa depan. 

Kalau dulu saya tak kisah tentang pakaian yang kemas. Dalam fikiran ni asyik kata fesyen itu tidak penting. Cantik2 pegi shopping mall nak buat ape. Bukan pegi keje nak kena pakai cantik2, elok2. Tapi sekarang dah mula fikir tentang pakaian yang elok. Kalau boleh nak berpakaian kemas 24jam sehari. Tak nak selekeh2 lagi. 

Saya rasa selesa dengan dia sekarang. Harapan di hati nak kekal sampai bila2. Tapi hanya tuhan yang tahu. Sampai sekarang saya tak tahu apa penghujungnya kisah cinta ini. Walaupun di hati ni rasa sayang tinggi menggunung, tapi hubungan ini sangat rumit. Banyak halangannya. Boleh diklasifikasikan hubungan yang terlarang. Bukan terlarang kerana haram di sisi agama, tapi terlarang kerana haram dari sudut pandangan keluarga dan masyarakat. Keluarga menolak bukan kerana pasti bahawa dia lelaki yg tidak bertanggungjawab, tapi menolak kerana masyarakat (lebih2 lagi saudara mara) akan menghina. Pandangan masyarakat memang boleh ditolak tepi, tapi keluarga tidak sekali. Itu yang menjadikan segalanya sulit dan rumit, kerana saya dibesarkan oleh ibu bapa bukan oleh sang cinta. 

Semoga Allah beri saya petunjuk. Semoga saya tidak hanyut dibuai perasaan sendiri dan semoga saya tidak pilih jalan yang salah.

Nana kata.... Inilah kali pertama hati ini rasa bersungguh mahu dinikahi oleh seseorang yang dicintai. Akan terlaksanakah?


No comments:

Post a Comment