Tuesday 24 May 2011

Asyik fikir isu rumah tangga dan anak

Tak tahu la kenapa lately ni otak asyik berfikir tentang isu2 rumah tangga dan kekeluargaan. Mungkin sebab hari2 ngadap video orang kawin, atau sebab segala artikel2 berkaitan yang terpampang di ruang akhbar atau internet. Mungkin juga kerana terkenang segala masalah yang melanda diri rakan2 atau diri sendiri. 

Walaupun saya belum kawin dan dah tentu belum ada anak, dalam takut2 tersalah tulis, tetap nak post jugak sesuatu yang berkaitan rumah tangga dan kekeluargaan. Setiap apa yang saya tulis, bukan rekaan atau khayalan saya semata-mata. Saya tulis berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan segala kisah2 benar rakan2 serta kenalan. Harap2 post saya tak membosankan dan kalau ada tersalah tulis, sudi2 lah komen dan beri tunjuk ajar kepada saya yang belum ada pengalaman berumah tangga ni.


Yang saya pasti, alam perkahwinan tak semudah seperti yang diangan-angankan. Next post sedikit tentang isteri yang sambil lewa dalam menjalankan tanggungjawab.

Lepas ni saya akan cuba pendekkan penulisan saya ye. Bila tengok balik, sendiri pun pening baca post yang panjang. Hehehe...

No comments:

Post a Comment