Friday 27 May 2011

Maaf Wahai Kawan.... I am selfish. Tak tau ke?!!!

Tak tau lah kenape rase malas sangat nak jumpa kawan2. Macam tak ada daya nak dengar sebarang masalah diorang lagi dan tak ada keinginan untuk berkongsi masalah dengan diorang. Terus terang memang dah malas nak buang masa dengan melepak ni. Duduk rumah sorang2 lagi best.

Teringat masa kecik dulu, kalau family gi keluar jalan2 aku tak ikut. Duduk rumah je dengan nenek tengok TV lagi best. Bila nenek tanya kenapa tak ikut jalan2? Jawapannya: malas, bukan ada apa pun jalan2. Bila dah masuk form 4 baru mase tu kuat betul merayap dengan kawan2. Agaknya sebab kat asrama tu bosan sangat. Terbawak2 lah sampai ke besar. Dan sekarang...rase malas betul nak keluar2. Kalau gi makan kat luar pun, tertunggu2 bila boleh chow balik ni. 

Kawan kate ini terjadi mungkin sebab banyak sangat dok kat office dan dah lame tak keluar lepak2 selalu macam dulu. Dan diorang akan salahkan bf aku sebab diorang kate ni semua gara2 bf aku yang tak bagi keluar malam. Ade pulak yang kate mungkin sebab masalah banyak sangat sampai aku bertindak meminggirkan diri dari kawan2. Hakikatnya........aku sendiri rasa selesa tak keluar lepak lama2. Tapi kalau setakat ajak keluar makan lepastu borak2 jap, memang sure ok punya. Tak de hal lah. Apa salahnya. Tapi kalau nak keluar lepak dari siang sampai ke malam atau dari malam sampai ke pagi, tak kira lah lepak kat luar atau lepak kat rumah aku je dengan kawan2, serius tak larat nak layan. 

Seingat aku memang dari dulu aku tak berapa selesa orang lepak rumah aku sampai pagi. Tapi tak berani nak cakap takut menyinggung perasaan kawan2. Takut diorang cakap aku cerewet sangat atau kedekut sangat. "bukan kacau kau pun. lepak je kot. bukan buat bising pun. bukan ramai2 pun. ko nak buat ape buat lah, aku bukan kacau kau pun." perkataan2 macam ni confirm keluar dari mulut diorang. Sendiri pulak yang tak sanggup nak dengar. Sebab bagi kawan2, tido2 rumah org ni perkara biasa lah. Aku je yang tak biasa. Kecuali kalau rumah kawan tu betul2 sebelah rumah aku, should be ok lah. Senang anytime  boleh balik rumah sendiri. 

Maaf kawan2. Bukan tak sudi, bukan nak sombong, cuma malas nak lepak borak2 sampai 4-5 jam. Nak keluar tu boleh. Tapi kalau lepas tgk wayang tu terus balik rumah boleh? atau lepas makan tu borak2 dalam sejam dua je lepastu terus balik rumah boleh? Nak keluar shopping? Ok. Tapi kalau tak cukup duit, jangan mintak kat aku boleh? Tak suka tgk orang bazir2 duit shopping benda tak penting lepas tu tak cukup duit mintak kat orang lain.

Nak tau kenapa saya tak suka?  Sebab saya seorang yang pentingkan diri dan pentingkan privacy. 
Ada yang nak marah saya ke? Ada yang nak merajuk ke?
 

Do I look like I care?
Na-ah bebeh!

No comments:

Post a Comment