Friday, 27 May 2011

Jerry Lavinge Jr & Tips Tambat Suami kat Rumah...Hehehe.

video

Dalam post yang lepas saya ade beritahu nak tulis tentang isteri yang lalai, tapi lepas tu macam tak berapa rajin pulak nak tulis topik tu. Tiba2 terjumpa balik video kat atas ni. Dulu pernah tengok video ni tapi tak share pun, bantai gelak sorang2 je. Kali ni rasa nak share sebab isu isteri + memasak ni adalah salah satu content dalam topik yg saya tak jadi post tu. Memang sengal betul mamat ni. Tapi dalam kasar2 bahasanya, dalam lawak2 pun ada betul apa yang dia cakap tu. 

Ramai wanita modern sekarang memandang remeh tugas memasak ni. Bila sebut pasal 'menambat hati suami', yang diutamakan kebanyakan isteri ialah penamilan dan kecantikan. Ramai yang anggap sekarang zaman modern, kedai makan dah belambak, so boleh tapaw je. Lebih sengal bila ramai yang kate mat salleh tak de hal pun bini diorang tak masak kat rumah. 

Tapi kalau tengok balik cite2 omputih, mesti ade je scene baru balik dari supermarket beli barang dapur atau makan malam 1 keluarga kat rumah dan isteri yang akan masak. Kemudian ada pulak scene perempuan nak ngorat lelaki, so ajak makan malam kat rumah. Makanan beli kat luar tapi kelentong kata masak sendiri. Hmmm.....kalau betul lah kat negara barat isteri tak masak tu dikira perkara remeh, kenapa mesti ada scene macam tu dalam movie2 diorang? So kesimpulannya memang penting untuk perempuan tahu memasak dan menghidangkannya kepada ahli keluarga. Buktinya, mamat dari negara omputih ni sendiri kasi tahu yang perempuan kene masak untuk tambat dan ikat hati lelaki.

Mengikut pandangan saya, apa yang si Jerry ni cakap memang banyak betulnya. Saya sendiri pernah dengar beberapa lelaki yang bergelar suami merungut dan marah pasal isteri mereka tak nak masak. Bengang sebab diorang terpaksa makan kat luar hari2. Ada yang mengeluh sebab dari bab makan sampai bab urus pakaian, kemas rumah, semua suami kena buat sendiri. At last memang keluar dari mulut diorang "Semua benda kene buat sendiri jugak sama je macam sebelum kawin.", "Ada isteri pun tak boleh harap. Asyik fikir pasal keje die je. Yang kat rumah terbiar." 

Saya rasa mereka2 ni tak kisah kalau kena tolong isteri buat kerja rumah. Cuma mereka mengharapkan give and take. I dah tolong u kemas rumah dan pegi supermarket beli barang dapur, so u tolong lah urus makan pakai I pulak. Lebih kurang macam tu lah kot. Hehehe...

Bagi para isteri yang dah bertungkus lumus memasak dan menguruskan rumah tangga, tapi suami masih cari lain lagi....itu bukan salah anda. Tuhan sedang menguji. Bersabar lah ye...

Muka si Jerry ni sweet habissss!!!

No comments:

Post a Comment