Sunday 22 May 2011

ANAK GAGAL kerana AYAH GAGAL (Macam biasa..post ni panjang lebar. Anda hebat kalau baca sampai habis)

Kalau dalam post sebelum ni saya tulis tentang ibu, sekarang nak cerita tentang ayah. Kalau dah ibu sibuk membantu suami mencari rezeki, apatah lagi si ayah. Lagi lah berganda2 sibuknya. 

Jarangnya seseorang ayah berada di rumah mungkin dianggap perkara biasa bagi ramai orang. Kurangnya masa yang diluangkan oleh seorang ayah untuk meninjau perkembangan anak2 dan mendidik anak2 juga semakin dianggap perkara biasa oleh ramai orang. Perkara yang dianggap biasa ini menyebabkan ramai pihak terlupa bahawa tugas seorang isteri ialah menjaga dan mengasuh anak2, tetapi mendidik dan membimbing anak2 adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh kedua ibu bapa selagi hayat di kandung badan. 

Tak ada masa...
Okay...bila baca apa yang saya tulis kat  atas ni mesti ramai yang kata... "kalau dah sibuk nak mendidik anak, bila masa nak keluar cari rezeki." "Isteri kan pembantu suami. Jadi kalau suami tak de kat rumah, isteri lah yang bertanggungjawab mendidik anak2." Ye..ye..ye.. betul sangat lah tu. Bijaknyeeeeeee... 

Bagi saya alasan sibuk di office sampai tak de mase nak didik anak2 itu adalah 1 alasan yang tak boleh diterima pakai. Kalau sibuk berperang so tak boleh nak bawak anak tu...ye lah kan. Tapi itu tetap tak menjadi alasan untuk seorang suami/ayah mengabaikan tanggungjwab nya dalam mendidik anak2. Bukan pegi bertugas 7,8 tahun tak balik2. Mesti ada balik rumah jugak kan. 

Tapi macam biasa..perkataan 'tak ada masa' tu lah yang paling banyak kita dengar zaman sekarang ni. Baik ayah atau ibu dua2 keluarkan perkataan 'tak ade mase'. Kenape agaknye ayah2 zaman sekarang tak de mase ye? Ni sebabnya:


  • Masuk office 8.30 pagi, jadi subuh2 lagi dah kene keluar rumah. Habis keje 5 petang, sangkut dalam traffic jam pukul 6 lebih, kadang pukul 7 lebih baru sampai rumah. Lepas tu nak solat maghrib. Lepas tu nak tengok berita tv 3 (politik kalau miss sehari rugi ooo). Lepastu nak solat isyak. Lepastu nak rehat sambil tengok astro. Bila mase nak didik diorang nak buat macam2. Malam2 kat rumah mesti lah nak rehat. Kalau tak rehat macam mane nak keje esok. Hari yang tak keje, mesti lah nak santai2 rehatkan badan dan otak. Nak happy2. Ade pulak yang bagi alasan tiap2 malam kene ke surau. Ahli lembaga surau katenye. Tak boleh bawak budak2. Bising. Mengganggu je. Sabtu ahad nak pegi jumpa kawan. Ada rancang bisnes sikit. Lagipun nak kene ambik tahu hal semasa. Mesti lah ade diskusi dengan kawan2 kan. Tak boleh bawak anak. Leceh. Gitu katenye... Itu yang keje dengan orang. Yang keje sendiri pun lebih kurang gitu jugak bunyinye. Sibuk dengan meeting lah. Nak kene siapkan keje cepat, nanti klien bising. Keje kat office belambak, kalau bawak anak2 nanti tak terjaga. 

Otak kanak2=Absorber...
Hakikatnya ramai yang tak sedar, mendisiplinkan anak perlu dilakukan sebaik anak itu lahir ke muka bumi. Caranya ialah ibu bapa itu sendiri perlu mendisiplinkan diri supaya di contohi anak2. Otak anak2 ini ibarat absorber. Ape saje yang dilihat atau di dengar akan menyerap ke dalam otak dan itu lah yang akan dipraktikkan  bila mereka sudah besar. 80% cara mendidik anak yang berkesan adalah melalui perbuatan. Ini menandakan bahawa mendidik anak tak perlu ada masa khas. Cuma ibu bapa perlu bertindak sebagai role model kepada anak2. 

Ayah yang gagal...
Ramai anak2 lelaki sekarang tidak mampu menjadi lelaki yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada ahli keluarga tetapi juga kepada diri mereka sendiri. Kenapa agaknya perkara ini berlaku? Saya kata... kerana gagalnya seorang bapa membentuk sikap bertanggungjawab di kalangan anak lelaki. Ini contohnya:

  • Apabila seorang bapa tidak pernah membatu si ibu melakukan kerja2 rumah dan menyerahkan segala tugas dirumah kepada si ibu, maka anak lelaki akan secara automatik menyematkan dalam minda mereka bahawa segala kerja rumah bukan tanggungjawab orang lelaki. 
  • Apabila si ayah tidak mencuci pinggan sendiri lepas makan, membiarkan si isteri mengutip semua pinggan dan mencucinya seorang diri sedangkan sebelum itu sudah bertungkus-lumus memasak untuk seisi keluarga, maka anak juga akan bersikap demikian. 
  • Kalau si bapa baring tengok tv sahaja di rumah sedangkan si ibu tak habis2 lagi buat kerja rumah, anak juga akan ikut buat perkara yang sama. 

Maka semua kerja rumah akan tertanggung di atas bahu isteri atau anak perempuan sahaja, manakala si anak lelaki lansung tak tahu menguruskan rumah mahupun menguruskan diri mereka sendiri dan sekali gus  kurangnya rasa bertanggungjawab dalam diri mereka untuk membantu menjaga dan menguruskan rumah yang mereka diami. Mereka akan bersikap seperti raja dan mengharapkan semuanya diuruskan oleh si ibu, termasuklah soal menjaga keselamatan di dalam rumah dari mereka kecil hingga dewasa. 

Anak hormat bapa tapi tak hormat ibu...
Kita juga biasa dengar ramai anak yang hanya hormat kepada bapa tetapi tidak hormat kepada ibu. Kenapa agaknya ya? Saya kata... kerana bapa sendiri sering bersikap acuh tak acuh kepada si ibu, tidak mendengar teguran si isteri dan sekaligus mempamerkan sikap tidak mempedulikan setiap kata2 si isteri di hadapan anak2. Begini penerangan saya:

  • Apabila anak2 melihat si bapa yang garang tidak pernah mempedulikan teguran si ibu, mengambil remeh kata2 atau apa sahaja perkara yang disampaikan si ibu, maka anak2 juga akan mengikut jejak langkah si bapa. Anak2 juga akan menganggap apa yang diperkatakan ibu adalah tidak penting, arahan ibu tidak penting, teguran ibu juga tidak penting. 
  • Ditambah pula si ayah sering bersikap seperti raja di rumah, membiarakn si ibu terkontang kanting menguruskan segala perkara di rumah seorang diri, maka si anak juga akan melakukan perkara yang sama. Tidak mempedulikan si ibu dan tidak menghormati si ibu kerana menganggap si ibu itu sebagai seorang perempuan yang kerjanya menguruskan hal2 rumah dan menguruskan segala keperluan suami dan anak2 sahaja. Tidak lebih dari tu. Apabila bapa gagal menunjukkan contoh yang baik, maka anak juga akan mengikut jejak yang sama. 

Seorang bapa akan berkata, bukan tidak mahu mendidik, tetapi tidak ada masa. Lagi pun anak lelaki, tak perlu di kawal sangat, pandailah mereka membawa diri mereka dha besar nanti. Hakikatnya...lambakan remaja lelaki yang gagal kini berada di mana2 sahaja. 

Bapa malas dan pentingkan diri...
Tiada apa sebenarnya yang menghalang seseorang lelaki menunaikan tanggungjawabnya sebagai ayah. Masa bukan penghalang. Yang menjadi penghalang ialah sikap malas dan pentingkan diri yang ada dalam diri manusia. Sekali lagi semuanya mengejar kemodernan, mengejar kekayaan, dan mengejar hiburan. Yang difikirkan... nak beli kereta baru, nak beli rumah baru, nak lepak borak2 dengan kawan2, nak bersenang-lenang. Sedangkan ada perkara lebih penting yang boleh menjamin kesenangan dan kebahgian di masa hadapan yang perlu diuruskan terlebih dahulu.

Kita selalu menganggap anak2 tidak tahu apa2. Lebih2 lagi anak2 kecil, menyusahkan kalau di bawak ke mana2. Sedangkan adalah menjadi tanggungjawab seorang bapa mendidik anak2 tentang erti kehidupan. Mendidik anak2 cara mengisi masa dengan betul. Menjauhkan diri anak2 dari perkara yang boleh memberikan pengaruh buruk dalam kehidupan mereka. 

Jadi role model dan rakan kepada anak...
Yang perlu di lakukan ibu bapa dalam usaha mendidik anak2 adalah dengan menjadi role model dan rakan kepada anak2. Kalau kita boleh berbual tentang isu semasa dengan rakan2, kenapa tidak dengan anak? Kalau anak tak faham, ibu bapa lah yang bertanggungjawab menerangkannya. Kalau boleh beriadah dengan rakan2, kenapa tidak boleh beriadah dengan anak2? Kalau nak ke surau, apasalahnya bawak sekali anak yang dah beruisa 7 tahun tu? Kalau di bawa sekali, perlahan2 boleh didik anak itu tentang tata tertib dalam surau, tentang solat, tentang agama, tentang iman. Mungkin anak itu takkan faham dalam masa yang singkat. Mungkin makan masa bertahun. Tapi pastinya berbaloi di masa akan datang. 

Ayah dan anak buat sama-sama...
Kalau berkebun di laman rumah, apasalahnya ajak anak sekali. Apa salahnya bawa sekali anak tu kalau ada mesyuarat rukun tetangga, supaya dia cepat belajar tentang isu kemasyarakatan. Apasalahnya bawak sekali anak yang dah masuk sekolah rendah tu ke kedai atau ke pasar,  boleh ajar anak tu pilih barang dapur. 

Kalau solat, berjemaah. Kalau makan, bersama2. Kalau sambil buat kerja rumah, sambil itu juga di ajar setiap anak melakukannya. Kalau melipat baju, disuruh anak buat bersama. Kalau mencuci kasut sekolah anak, disuruh anak ambil sebelah lagi dan diberikan 1 berus, di suruh berus bersama.

Kurang beban si ibu...
Dengan cara ini, tidak lah seorang isteri rasa segalanya tertanggung di bahunya seorang diri. Kurang sikit beban si ibu walaupun yang kurang itu hanya sebuah pinggan untuk di cuci, walaupun sehelai baju untuk dilipat. Lega hati ibu melihat anak2nya pandai menguruskan diri sendiri walaupun tidak pandai menguruskan seluruh rumah. 

Ayah hormat ibu, anak ikut hormat...
Apa salahnya kalau si ayah menegur atau meninggikan suara kepada anak2 jika ada anak2 yang tidak mendengar kata ibu atau melawan cakap si ibu. Apa salahnya si ayah bersikap tegas dalam mendidik anak2 menghormati ibu mereka. Apa salahnya jika si ayah sendiri menunjukkan kepada anak2 bahawa dia sangat menghargai dan menghormati si ibu.  Kalau ada perselisihan faham antara suami isteri, apa salahnya dibincang di dalam bilik bukan di depan anak2. Agar ia mampu dicontohi anak2. Agar anak2 juga akan menghormati ibu mereka. 

Alasan tidak mampu melakukan setiap aktiviti bersama2 dengan anak kerana anak terlalu lasak jugak tak boleh di terima. Kalau dah lasak sangat..bawak lah jumpa doktor kanak2. Ada penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) agaknye. 

4 comments:

  1. anak2 cermin peribadi ibu bapa..

    ReplyDelete
  2. walau tak semua anak yang rosak akhlaknya itu berpunca dari kesilapa ibu bapa, tetapi banyak juga yang runtuh akhlaknya akibat kelalaian ibu bapa.

    Thanks Mama kerana sudi membaca

    ReplyDelete
  3. adakah salah ibubapa saja yang dinampak, anak -anak tidal berfikir yang ibu Napa bersusah payah untuk mencari rezeki.Says rasa tak Ada ibu Napa yang sengaja melalaikan tanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tidak semua kegagalan akhlak anak2 berpunca dari ibu bapa. Ramai ibu bapa yg bersungguh2 dalam menajalankan tugas mereka sebagai ibu bapa untuk memastikan anak2 cemerlang dari segi akademik dan akhlak. Tapi tidak dapat dinafikan ramai juga ibu bapa yang hanya memikirkan tentang kecemerlangan akademik dan kerjaya hingga terlupa tentang kecemerlangan akhlak. Ramai juga ibu bapa yang sibuk mencari dan mengumpul harta demi memastikan anak2 hidup selesa hingga terlupa tanggungjawab ibu bapa itu bukan sekadar beri makan, minum, pakaian dan tempat tinggal semata2. Mendidik dan membentuk akhlak anak2 itu bukan tanggungjawab guru sekolah.

      Saya jumpa banyak kes keruntuhan akhlak anak2 yg berpunca dari kegagalan ibu bapa. Saya tidak mengatakan bahawa ibu bapa itu sengaja mengabaikan tanggungjawab. Mungkin ianya berlaku tanpa mereka sedar bahawa cara mereka salah. Oleh itu apasalahnya kita belajar dari kesalahan mereka dan cuba menjadi ibu bapa yang lebih baik untuk membentuk generasi masyarakat yang lebih baik.

      Adakah kita tidak perlu beri kesedaran kepada ibu bapa bahawa tanggungjawab ibu bapa itu ialah melindungi, mengasuh dan mendidik?

      walaubagaimanapun, saya sentiasa berpegang kepada prinsip baik atau buruk sikap yg ditunjukkan oleh ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab setiap anak untuk menghormati, menghargai, melindungi dan menjaga kebajikan ibu bapa sehingga akhir hayat mereka dan tanggungjawab seorang anak tidak selesai setelah ibu bapa menutup mata, mendoakan kesejahteraan ibu bapa adalah tanggungjawab yg berterusan sehingga akhir hayat kita. Kerana bagi saya samada ibu bapa kita menjalankan tanggungjawab mereka dgn sempurna atau tidak, hanya tuhan yang boleh menilainya.

      Delete