Friday 20 May 2011

Ibu zaman sekarang dan ibu zaman nenek kita dulu... (Panjang post ni. Kalau ada yang larat baca sampai habis, memang bagus lah korang)

Terbaca beberapa note yang di post oleh rakan2 di FB tentang suami dan isteri/ibu dan bapa. Kebanyakannya tentang si isteri yang berhempas pulas menguruskan rumahtangga hingga ke akhir nyawa tetapi tidak di endahkan suami atau si suami yang bersungguh2 menjalankan tanggungjawab sebagai suami serta ayah tetapi tidak dihargai isteri. Segala post2 itu menyebabkan saya rasa nak tulis sesuatu tentang situasi institusi kekeluargaan zaman sekarang. Walaupun saya belum berkahwin, tapi rata2 rakan2 saya sudah pun berkahwin dan saya juga sering mendengar luahan hati rakan2 tentang masalah yang dialami dengan ibu bapa mereka. 

Ibu zaman sekarang...

Ada yang jadi suri rumah sepenuh masa dan ada yang berkerjaya. Memang tabik habis kat ibu2 yang bekerja tetapi masih tidak lupa atau tidak pernah malas mendidik anak2 solat, mengaji, menguruskan diri, dan juga tidak malas memasak setiap hari, mengemas rumah setiap hari, semak kerja sekolah anak2, teman anak2 membaca dan bermain.... susah nak jumpa ibu yang macam ni zaman sekarang. Bila renung balik diri ni, tertanya2 mampukah saya menjadi ibu yang sehebat itu suatu hari nanti? 

Itu yang susah kita jumpa atau lihat sekarang. Yang banyak kita dengar/lihat ialah isteri/ibu modern, open minded katenye. Sekarang zaman modern katenye. Maka tak hairan kalau kita nampak remaja lingkungan umur 13-17 tahun lepak makan di kedai. Tak hairan lah jika kita lihat kanak2 seawal umur 7 tahun di cyber cafe. Semua ini berlaku kerana zaman ini zaman duit. Tanpa duit maka tak ada rumah. Tak ada duit maka tak ada baju cantik. Tak ada duit, tak ada lah kereta. Ramai ibu yang sibuk bekerja, nak membantu suami cari duit. Bila balik rumah, nak rehat. Tak larat nak masak atau nak tengok pelajaran anak2. 

"Eh, penatlah! Esok2 je lah cek buku diorang." "Tggu lah sabtu ahad nanti baru bawak diorang bejalan ke, pegi makan ke." "Alah...tak de mase lah nak ajar diorang buat kerja rumah. Dah besar nanti pandai lah diorang tu."  Biasa dah dengar ayat macam ni. Lagi2 kalau yang ada anak lelaki. Ni ayatnye... "Anak lelaki tak reti cuci pinggan/kemas rumah tak pe. Diorang lelaki. Tak payah risau sangat diorang keluar ke mane."

Ibu zaman nenek2 kita...

Jauh bezanya dengan ibu2 zaman dulu. Cuba tanya nenek2 kita, ada ke diorang buat macam tu. Saya tak tahu kisah nenek2 orang lain macam mana. Tapi ini kisah nenek saya yang memang suka bercerita tentang kehidupannya dulu2 lebih2 lagi bila dia tengah selongkar barang lama2 dia. Melalui cerita dia dapatlah kita gambarkan sedikit tentang kehidupan seorang ibu masa negara kita baru mencapai kemerdekaan. 

Penat mencari duit...
Masa muda dia sibuk di habiskan dengan mencuci baju dari rumah ke rumah setiap hari. Tak kira rumah melayu ke, cina ke, india ke... dari pagi sampai ke petang katenye. Ingat...zaman dulu tak ada mesin basuh tau! Kena basuh guna tangan. Maka setiap hari dia akan ketuk pintu rumah orang, tanya ada baju nak di cuci ke tak. Kalau sehari tu tak ada baju nak di cuci, dia akan mencari duit dengan menjual pinggan mangkuk pulak. Isnin - Ahad dia bekerja. Penat tak penat? Kalau kita di tempat dia, balik rumah mesti dah terbongkakng tido. 

Menjaga anak...
Nenek saya tak pernah ceritakan secara terperinci bagaimana dia asuh ibu saya. Tapi kadang2 ada jugak dengar dia bercerita sikit2 tentang ibu saya semsa zaman remajanya. Kalau kita dengar tentang rutin kerja dia mencari duit setiap hari mesti kita akan kata dia tak ada masa nak uruskan anak2. Kata nenek saya, masa ibu saya masih bersekolah, ke mana sahaja ibu saya pergi nenek saya akan temankan. Tak boleh pegi sorang2 sebab anak perempuan mesti ibu bapa ikut ke mana sahaja sehingga lah dia berumah tangga. Sampai keluar dengan kawan2 pun nenek saya ikut walau pun dia akan jalan jauh2 sikit dari ibu saya. 

Pelajaran anak...
Lagi... nenek saya ada tunjukkan beberapa kertas graf yang besar2 gabak. Katenye itu lah kerja sekolah ibu saya yang nenek saya simpan. Setiap kerja sekolah dan buku2 sekolah ibu saya memang nenek saya pastikan tersusun dan lengkap walaupun nenek saya tak tahu baca dan tak dapat nak cek kerja sekolah dah siap ke belum. Janji dapat pastikan semua buku ada pun jadilah. 

Ibu saya pandai memasak, lipat baju dan buat semua kerja rumah. Menjahit pun pandai. Tapi dia tak pernah masuk kelas memasak pun setahu saya. Kalau lihat rutin nenek saya setiap hari semasa muda dia, terfikir ada masa ke nak ajar ibu saya memasak? 

Didik buat kerja2 rumah...
Nenek saya pun tak pernah cerita macam mana dia ajar ibu saya menguruskan rumah. Tapi saya masih ingat masa saya kecik2 dulu, setaip kali nenek saya menyapu rumah atau memasak atau lipat baju, dia akan panggil salah seorang cucunya. Dia suruh tengok macam mana dia menyapu, macam mana dia masak, macam mana pegang penyapu, macam mana pegang pisau, macam mana basuh beras. Kali pertama nenek saya ajar saya basuh beras masa tu umur saya 7 tahun. Tangan ni masa tu ngam2 je dapat pulas tombol pipe kat sink. Kene jingkit kaki nak cuci beras. Jadi dari situ kita tahu macam mana dia cari masa mendidik ibu saya membuat kerja2 rumah. Sambil dia buat kerja, sambil tu dia ajar. Umur saya 9 tahun saya dah pandai masak nasi goreng tau. Nenek saya ajar saya setia hari lepas balik sekolah.

Anak lelaki... 
Itu anak perempuannya. Kalau anak lelakinya pula macam mana? Tak banyak yang dia ceritakan tentang anak lelakinya. Yang dia ceritakan ialah anak2 lelakinya belajar tak pandai. Jadi tak habis sekolah. Masa tu dia susah. Jadi kalau belajar tak pandai2, berenti aje dan ke mana arwah atuk saya pergi bekerja bertukang di rumah orang, anak2 lelaki ikut sekali. Ke mana sahja arwah atuk pergi, anak2 lelakinya di bawak jugak. Kate nenek saya, anak lelakinye lah yang bantu dia cari duit untuk sekolahkan ibu saya. Pak cik saya juga tolong nenek dan arwah atuk saya buat kerja rumah jugak. "Anak wan tak rami. 4 aje yang ade. Yang pertama dah kawin muda2 lagi. Tinggal lah 3 aje yg tolong wan dgn atuk ko. Mane boleh buat semua sendiri." Gitu katenye...

Malam tak boleh keluar...
Kalau malam tak boleh keluar rumah baik anak lelaki atau anak perempuan. Kecuali kalau ada hal2 penting yang melibatkan tugas seorang lelaki. Ingat lagi ayat nenek saya masa dia meluahkan kerisauannya tentang adik lelaki saya yang selalu balik lewat malam. Katenye, "buat ape keluar balik lewat malam kalau tak ade hal? Jangan buang mase! Ini kat rumah ni mesti ade lelaki yang jage. Kan ada org perempuan dalam rumah. Kena lah orang lelaki jaga. Malam2 setan banyak. Kalau keluar tak ade tujuan yang peting nanti diganggu setan. Setan suka hasut buat bende yg bukan2."

So, dari situ dah tahu macam mana dia membesarkan anak2nya. Dalam susah payah dia dan suami bekerja setiap hari. Sakit2 badan kalau saya yang kene cuci baju guna tangan dari pagi sampai petang. Nak jalan dari rumah ke rumah pulak tu. Mampu kah kita menjalankan tanggungjawab di rumah lepas balik dari kerja dalam keadaan badan dah sakit2 macam tu? Kalau orang zaman nenek2 kita boleh, kenapa tidak kita ye? Kenapa zaman sekarang ramai ibu2 yang bekerja tidak boleh? Kita bekerja di office. Otak letih badan pun letih. Nenek kita bekerja guna tulang empat kerat. Jalan kaki jauh2 lagi. Sama jugak, badan penat otak pun penat fikir tentang duit.  

Senag sahaja jawapannya. Zaman dulu tak banyak hiburan. Jadi kurang masa bermalas-malasan. Otak pun tak de fikir nak happy2 dan enjoy je. Tapi kita ni...hiburan 24 jam. Pengaruh untuk hidup bersenag-lenang tu banyak sangat. Asyik fikir bila lah kita boleh rehat2 tengok TV kat rumah. Bila lah kita boleh happy2 keluar jalan2 atau shopping. Bila lah nak kaya ni. Sampaikan ramai yang lupa... tugas mendidik dan mengasuh anak itu dari dalam kandungan lagi sehingga mereka berumahtangga (yang perempuan) atau sehingga mereka cukup dewasa dan mampu berdikari sendiri (bagi yang lelaki).

Gila panjang post yang ni. Cukup lah dulu. Nanti saya sambung lagi tentang Ayah pulak.


Owh....mampukah saya menjadi ibu yang gagah suatu hari nanti? Belum kahwin lagi dah asyik merungut tentang hidup ni. Banyak perkara perlu diubah nampaknya. 

2 comments:

  1. boleh apply jadi writer majalah ni...panjang gabak n3nya..tapi byk info dpt dicungkil disini..nice info k..

    ReplyDelete
  2. Hihihi... dulu mase sekolah, bila cikgu suruh tulis karangan rumusan selalu aje terlebih perkataan. Agak fail bab memendekkan penulisan ni. Terima kasih kerana sudi membaca.

    ReplyDelete